January 25, 2013

Donut inti kacang merah

Cuti hujung minggu ni akan bersambung dengan cuti menyambut Thaipusam, Isnin. Macam-macam boleh buat sepanjang cuti selain menjahit. Saya pelik bila ada orang cakap.. bosan, tak tahu nak buat apa di rumah. Saya lebih suka habiskan masa di rumah.
Baiklah, apa-apa nak buat misti ada perancangan. Rasanya nak buat kejutan kat Kembar-Saya. Dia sangat suka makan donut kacang merah. Saya nak hadiahkan dia sebab dia selalu tolong saya dan sangat comel. Heee. Jadi, wajib google resipi. Tak mau inti segera. Hasil tinjauan, saya rasa resipi yang saya tiru ni kiranya resipi mampu buat.

Inti Kacang Merah
sumber: http://intaidapur.blogspot.com


Bahan-bahan:
250 gm kacang merah (rendam semalaman dan rebus hingga empuk)
1 cawan gula pasir
1/2 keping gula merah
1 helai daun pandan
2 s/b tpg jagung dan sedikit air (bancuh)
Secubit garam 
Sedikit minyak 

Cara-cara:
1. Kisar halus kacang merah bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak dan masukkan kacang yang dikisar.
3. Masukkan gula pasir, gula merah, garam dan daun pandan.
4. Masak hingga agak pekat dan masukkan bancuhan tepung jagung.
5. Masak sehingga betul-betul kering dengan api perlahan.
6. Inti kacang apabila terasa berat.

Nota: Semasa masak, inti meletup-letup, jadi berhati-hati.




*****

Donut
sumber: http://izahdaut.blogspot.com


2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sudu kecil gula
* satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sudu besar butter /marjerin

Cara-cara:
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. 
Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. 
Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. 
Biarkan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut.
Biar sebentar donut naik dari 15 hingga 20 minit dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.





January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Bukan hari ni saja, sepanjang hayat kita sentiasa ingat pada baginda, Nabi Muhammad s.a.w. 


Salah satu aktiviti hari ni ;)





January 23, 2013

Kembali ke pangkuan Ilahi

Jam 3:15pm Ahad lepas, Pakcik saya (adik kedua Mak saya) telah kembali kepadaNya. Semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha Pengasih.


January 17, 2013

S A B A R (2)

Setiap pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, saya akan dengar radio. Saya akan sempat dengar berita terkini. Salah satu berita yang dibacakan pagi ni ialah sepasang suami isteri yang bekerja sebagai doktor telah mengamuk di balai polis atas alasan pihak sekolah menukar kelas anaknya. Sebelum ini, mereka telah mengamuk sebanyak enam kali dan berjaya ditenangkan oleh pihak polis. Komen saya, daya kesabaran mereka lemah. Sepatutnya individu yang berpendidikan tinggi boleh berfikir waras dan mengawal emosi dengan lebih baik.

January 15, 2013

S A B A R

Sepanjang kita bergelar hamba Allah, kita tidak lari dari diuji. Ditimpa musibah, tak bermakna Allah tak suka kita tapi Allah sayang kita. Allah pilih kita untuk menerima ujianNya supaya kita selalu ingat dan secara tak langsung semakin dekat denganNya.

Kali ni saya nak berkongsi sesuatu bahan bacaan yang memberi kita sedikit ilmu. "Ingatlah Allah, Allah pasti Mengingatimu!"

Senarai situasi dan keadaan mengingati Allah s.w.t oleh Imam al-Khazin ialah
  • ketika dalam kesenangan, pasti Allah ingat kita dalam kesusahan
  • mengingati Nya dengan tauhid dan keimanan, pasti Allah mengingati kita dengan syurga dan keredhaanNya
  • mengingatiNya dengan penuh keikhlasan, pasti Allah ingat kita dengan keselamatan
  • mengingatiNya dengan penuh perasaan, pasti Allah akan memberi keampunan pada kita
  • mengingatiNya dalam doa, pasti Allah akan makbulkan doa kita

Dan... 


January 8, 2013

Pergi tak akan kembali

Sabtu ni, 12-Jan-13 genap empat tahun Ayah pergi.... saya tak akan lupakan tarikh ini, insyallah. 

Ayah, Wa minta maaf atas segala kelalaian selama menjaga Ayah. Sampai sekarang Wa tak akan lupa segala kelalaian. Wa tak dapat jaga Ayah sepenuh perhatian. Beberapa bulan lepas Wa cuba dekat dengan mereka. Entahlah Ayah, macam susah untuk bersatu. Agaknya mereka masih menyimpan sangka yang tak berapa baik. Wa cuma mahu kita bersatu.. kembali menyambung silaturrahim. Apa pun, Wa dan Jali tak boleh berputus asa... semoga niat baik kami mendapat izinNya.

~ Al Fatiha ~

January 7, 2013

Kembali ke udara ~

Heheh... dah lama tak ke udara. Malas nak update blog. Aktiviti yang banyak berlaku dalam masa tak ke udara ni ialah merenda tudung... jahit baju. Ke sana sini? Sudah pasti. Jalan-jalan cari bihun sup. Paling best kat pasar malam Taman Tun Perak. Setiap selasa. Hari ni Isnin. Maknanya esok, janji temu dengan bihun sup daging.


Selamat Tahun Baru! Hehehh.. dah tujuh hari berada dalam tahun 2013. Semoga 2013 lebih bermakna. Sambutan tahun baru... hmm kali ni di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Pembukaan aktiviti 2013 dengan aktiviti yang baik. Sangat berbaloi... santai.


Dua minggu ni adik dari kampung bercuti. Jadi, hujung minggu aktiviti santai bersama mereka. Semalam, santai di Bukit Cerakah. Si Ca Cang meragam saja sebab perubahan cuaca... rindu orang kampung. Adoi hai. Semoga Ca Cang cepat sembuh. Esok Ca Cang dah nak balik. Malam ni, habiskan masa dengan Ca Cang ;)

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...