Baiklah, apa-apa nak buat misti ada perancangan. Rasanya nak buat kejutan kat Kembar-Saya. Dia sangat suka makan donut kacang merah. Saya nak hadiahkan dia sebab dia selalu tolong saya dan sangat comel. Heee. Jadi, wajib google resipi. Tak mau inti segera. Hasil tinjauan, saya rasa resipi yang saya tiru ni kiranya resipi mampu buat.
Inti Kacang Merah
sumber: http://intaidapur.blogspot.com
Bahan-bahan:
250 gm kacang merah (rendam semalaman dan rebus hingga empuk)
1 cawan gula pasir
1/2 keping gula merah
1 helai daun pandan
2 s/b tpg jagung dan sedikit air (bancuh)
Secubit garam
Sedikit minyak
Cara-cara:
1. Kisar halus kacang merah bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak dan masukkan kacang yang dikisar.
3. Masukkan gula pasir, gula merah, garam dan daun pandan.
4. Masak hingga agak pekat dan masukkan bancuhan tepung jagung.
5. Masak sehingga betul-betul kering dengan api perlahan.
6. Inti kacang apabila terasa berat.
Nota: Semasa masak, inti meletup-letup, jadi berhati-hati.
*****
Donut
sumber: http://izahdaut.blogspot.com
2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sudu kecil gula
* satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sudu besar butter /marjerin
Cara-cara:
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung.
Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan.
Biarkan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut.
Biar sebentar donut naik dari 15 hingga 20 minit dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.