April 29, 2013

Rumah Impian Saya: Rumah kabin (7)

Lusa dah masuk bulan Mei. Ada lebih kurang dua minggu je lagi ada masa untuk pindah kan barang-barang. Rumah belom siap lagi. Kabin baru sampai satu disebabkan masalah tanah tak cukup kuat (hujan) untuk lori masuk. Sementara tunggu kabin satu lagi sampai, bahagian dapur giat dijalankan. Siap tak siap, kena pindah juga. Itu En-Suami cakap. Baik lah.. Patik menurut perintah. Kita siapkan yang mana penting.

Kabin 1, tapak kabin 2 dan ruang tamu

Pembinaan ruang dapur dan bilik air
bersambung di Rumah Kabin (8)

April 22, 2013

Rumah Impian Saya: Rumah kabin (6)

Selamat hari Isnin. Hari pertama bagi setiap minggu. Mengikut ilmu metafizik, warga kerja digalakkan menggenakan pakaian berwarna putih bagi seimbangkan mood kerja.

Ok, cerita tentang perkembangan rumah kabin pula. Sabtu lalu, kerja-kerja tapak kabin (20' x 30') telah berlangsung. Mengikut pakar tukang rumah, tak perlu buat tapak bumbung dan kabin satu per satu sebab lama kelamaan berlaku tapak tidak sama tinggi. Jadi, seluruh tapak rumah disimen.

Selepas ini, kerja-kerja simen tapak bahagian dapur (20' x 10'). Kabin dijangka sampai pada hari Jumaat ini. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Persediaan tapak kabin & ruang tamu

Persediaan tapak kabin & ruang tamu

Tapak kabin & ruang tamu

Persediaan tapak ruang dapur & bilik air

bersambung di Rumah Kabin (7)

April 19, 2013

Rumah Impian Saya: Rumah kabin: Tipah tertipu, Ali pun! (5)

Nasib kami suami isteri. Janji nak buat tapak, tak dibuat-buatnya. Rasanya dua minggu ni habis untuk menunggu tapak kabin disiapkan. Deposit dah dibagi. Sepatutnya kabin masuk Isnin akan datang. Hari ni dah Jumaat. Hadoii. Bila telefon, tak jawap!. Seminggu pertama habis untuk tunggu jumpa berbincang. Seminggu ni tunggu dia untuk siapkan tapak. Ini mendatangkan marah! Ngeh.. ngeh. Mungkin ada hikmahnya. Harap-harap kawan tu pulangkan deposit...

Mula esok, En. Suami & kawan dia siapkan tapak. Insyallah :)

* kepada tukang tipu: anda menolak rezeki

~ bersambung di Rumah Kabin (6)

April 16, 2013

Rumah Impian Saya: Rumah kabin (4)

Lebih seminggu cerita rumah kabin saya tak di update.. bermaksud juga kerja-kerja menyiapkan rumah kabin tertunda hingga ke hari ini. Yang gerak cuma kerja pembersihan dan meratakan tapak rumah. Tapak tiang dan kabin sepatutnya berlaku semalam tapi dijangka bermula esok. Selain tu, pelan rumah kabin ada perubahan.

Tapak rumah kabin dihadapan rumah lama
~ bersambung di Rumah Kabin (5)

April 3, 2013

Rumah Impian Saya: Rumah kabin (3)

Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah terlebih dahulu disebabkan penambahan pintu dan perubahan pintu, tingkap, suis dan point air-cond.


Harga seunit kabin ialah rm3600 dengan kos penghantaran rm400 dari Eagle Cabin. Masa untuk siapkan ialah 3 hingga 4 hari. Sebelum tu, saya dan suami survey satu company di Cheras dengan harga rm4700 termasuk kos penghantaran. Jadi kami jimat rm700 untuk satu kabin. Masa yang terhad, jadi kami terus pilih Eagle Cabin.

Rupa paras cabin standard 20' x 10'

Kesempatan cuti sehari semalam, kami telah membeli 1 set peralatan welding En. Suami. Projek pertama beliau dengan mesin baru ialah membina rumah kucing bernilai rm1.2 juta. Heheh...idak ler mahal benor sampai juta-juta gitu. Nilai sebenar ialah rm1.2K, insyallah.
Langkah seterusnya ialah membersih dan meratakan tapak. Orang yang sepatutnya tidak dapat membantu disebabkan beliau ada beberapa tempat lagi. Jadi, kami perlu mencari orang lain. Harap-harap minggu ni boleh selesai proses membersih dan meratakan tapak. Perancangan minggu depan, rawatan anai-anai oleh En. Suami, kabin siap sampai dan proses membina bumbung juga oleh En. Suami. Untuk jimat kos dan kepuasan diri, kami menggunakan kebolehan sendiri dan do-it-yourself. Kos kami ialah membeli sendiri barang dan membayar upah kerja.

Pelan lakaran Rumah Kabin Saya
~ bersambung di Rumah Kabin (4)

April 1, 2013

Rumah Impian Saya: Rumah kabin (2)

Alhamdulilah. Insyallah, rumah impian saya akan jadi kenyataan dalam beberapa mingu ini sebelum Jun menjelma. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.
Semalam, pembersihan kawasan peringkat pertama. Pokok-pokok tebu dah ditebang dan sekarang menunggu masa untuk dibakar. Pembersihan kedua, kerja-kerja meratakan tapak. Alahai, tiada gambar yang sempat saya ambil dan tepek di sini.
Pagi ni, saya dah menghubungi seorang pakcik yang biasa mengupah orang membersihkan tanah guna backhoe. Insyallah, Pakcik Razali bantu saya menghubungi tukang bersih tanah. Esok, saya dan suami akan ke Syabas Kuala Kubu untuk menyambung kembali bekalan air.

~ bersambung di Rumah Kabin (3)

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...