Bila keseorangan waktu-waktu begini, teringat zaman muda-muda dulu. Zaman bercinta. Teringat cinta pertama, kedua dan ketiga. Semuanya dikhianati. Semuanya saya lalui dengan sabar. Paling teruk, yang pertama. Saya pernah cerita diblog mungkin 2 tahun lepas. Ditinggalkan. Perit. Kedua.. lebih kurang sama juga tamparannya. Hubungan yang agak lama... hampir 7 tahun. Buang masa. Ketiga... tujuannya hanya suka-suka. Lebih untuk menguji hati seorang perempuan.
Kecantikan rupa paras, sementara saja. Tingkah laku yang baik lebih penting. Akhirnya mencari semula. Terima semula? Minta maaf. Terlambat. Saya bukan orangnya. Perit ditinggalkan cukup mengajar saya untuk katakan tidak untuk memberi peluang kedua.
Pengalaman mengajar saya. Nak rasa sangat bercinta kan.. heheh. Jika kita mengkhianati orang lain, sudah tentu suatu hari nanti kita dikhianati atau balasan yang setimpal. Jika hidup hidup dengan ikhlas, suatu masa nanti Tuhan akan memberi kemanisan yang setimpal dengan keikhlasan.
Kini, saya menikmati kemanisan yang setimpal itu. Alhamdulilah. Kepada cinta hati saya, Rajali Abdul Hasim semoga cinta dan kasih sayang kita kekal abadi. Sempena menyambut tahun baru 2014, saya berdoa kita berdua diberiNya rezeki.. kehidupan yang lebih baik.
December 31, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment