Hidup ni macam roda. Ada masa kita berada di atas. Bila di atas.. kita mungkin sedara diri atau tak sedar diri... tapi selalunya tak sedar diri. Sama juga bila berada di bawah, kita mungkin sedara diri atau tak sedar diri .. tapi kadang-kadang tak sedar diri.
Saya berada di mana? Hmm ... lebih sikit dari tengah-tengah ke arah di atas disebabkan Allah masih memberi rezeki yang tak perlu saya bersusah payah meminta-minta. Alhamdulilah. Semoga Allah lindungi saya dari sifat angkuh.. sombong. Semoga saya tidak sombong dengan orang yang kurang sedikit rezekinya dari saya. Syukur, saya masih tidak memilih-milih rumah saudara mara atau kawan-kawan untuk saya ziarah, cuma saya agak segan untuk ziarah rumah mereka yang agak memilih-milih.
Orang yang belum sedar, mereka mudah membenci dan sukar memaafkan orang yang kurang kemampuan daripada mereka. Dulu saya begitu tapi mujur saya semakin sedar diri selepas diuji.
Hidup penuh dengan ujian. Saya menganiaya dan teraniaya. Semoga saya mendapat keampunan Maha Pengampun dan hanya Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Pengasih menjadi penyejuk hati.
Kata seorang Ustaz, kita tak perlu terlalu memikirkan hidup mewah dengan harta dunia sebab tujuan kita hidup dimuka bumi ini ialah mengabdikan diri kepada Maha Pencipta. Dunia hanya sementara. Matlamat dan arah hidup kita ialah kehidupan yang kekal nanti. Saya semakin hari semakin saya sedar diri... dan cuba membaiki diri. Semoga saya mendapat keampunan atas kehidupan lalu dan menjadi insan yang baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment