Semakin hari semakin menjadi-jadi musuh Islam di sana menghancurkan umat Islam. Bagi saya, mereka sebenarnya tahu yang Islam itu benar cuma terlalu ego dan cemburu terhadap umat Islam kerana umat Islam adalah komuniti yang tenang dan Maha Pencipta telah memberi nikmat kehidupan dunia yang baik. Contohnya, negara terbesar yang memilik sumber mineral.
Kadang-kadang saya tanya pada Allah, kenapa biarkan umat Islam di sana ditindas dan dizalimi. Mungkin ada hikmahnya Allah berbuat demikian. Kesempatan bulan ramadhan ini yang mana doa orang yang berpuasa akan dimakbulkan, saya sentiasa doa umat Islam mendapat perlindunganNya dan kezaliman yang berlaku terhenti tidak lama lagi. Juga, saya berharap orang-orang zalim ini tersentap dan sedar tentang kekuasaNya dengan balasan kezaliman mereka yang selama ini menyangka mereka lebih berkuasa. Semoga umat-umat yang dizalimi tabah dan bersabar dengan ujian pahit. Insyallah, manis akan datang juga suatu hari nanti. Suara Islam belum cukup kuat. Semoga penyatuan segera umat dapat pertahankan Islam dan digeruni musuh-musuh.
Suami saya beberapa kali menyatakan hasratnya dan minta izin untuk ke sana bersama-sama membantu mereka yang di sana jika ada peluang. Insyallah, saya redha dan izinkan. Kehidupan dunia hanya sementara. Manusia dicipta dan hidup kita hanya untukNya....
July 9, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment