August 18, 2014

Solat membentuk peribadi


Sejauh mana keikhlasan saya sujud kepada Yang Maha Esa? Risau. Saya pernah ikuti ceramah beberapa ustaz. Saya masih ingat kesimpulan dari kata-kata mereka: Tak ikhlas solat maka individu itu tak berjaya membentuk peribadi yang baik. Sombong, tinggi diri, pemarah, irihati, pendendam, melulu, mengumpat dan sifat-sifat negatif lain. Ini berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun individu itu yang dihormati di suatu kawasan kerana ilmu agamanya tapi sikapnya sama seperti atau mengalahkan orang yang tak sempurna solatnya. Solat yang baik ibarat air yang disimbah ke unggun api. Penyejuk jiwa. Solat yang baik sepatutnya membentuk pekerti yang baik, pemaaf, jiwa bersih dan tenang. Saya dimana? Semoga solat saya diterima.

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...