1977... Lahir
1977-1987... Zaman kanak-kanak
Tapak rumah arwah Atok Sulaiman.. Jalan Hamzah, Kg. Baru |
Lorong Raja Musa 3, Kg. Baru... Taman permainan |
Lorong Hj. Yahya Syeikh Ahmad, Kg. Baru.... Tapak rumah Mak Engku |
IJN... tapak perpustakaan |
Kg. Baru - Ampang Park |
Kg. Baru... liputan jejak basikal |
Selain main masak-masak, saya join budak lelaki main basikal. Nyorok-nyorok ngan basikal. Masa tu zaman basikal BMX. Tapi Ayah belikan basikal Shimano. Tak kisah pon... sama gak & lagi best. Pink kaler!. Habis satu Kg. Baru kami merayap kecuali kawasan yang kena melintas jalan besar. Tak berani... nanti cam katak mati tengah jalan.
Kg. Lubuk Redan, Masjid Tanah |
Bila musim cuti sekolah, Mak hantar balik kampung. Tinggal dengan Atok dan Nenek. Tapi kalau cuti seminggu, 1 hari rumah Atok... 6 hari rumah Alang. Ngeh2. Raya puasa dah memang wajip beraya kat kampung. Sekarang dah tinggal tapak rumah.
SRK Jalan Gurney 2, Jalan Semarak |
1988-2008... Zaman kanak-kanak hingga dewasa
Cukup masa, Ayah ajak pindah. Saya ok je. Cerita sekolah dulu.
Saya ditukarkan sekolah di sini. Di sini, ok laaaa. Dalam darjah 6, mulanya kepayahan hidup. Ayah dan Mak berpisah. Darjah 6, saya hanya belajar matematik. Mungkin jiwa saya suka nombor. UPSR, corot sangat-sangat. 1A untuk matematik dan yang lainnya D. Nyawa-nyawa ikan. Rasakan... Sukan... kenangan manis johan lari dalam guni :)
Laluan ke menara gading |
Ringkasnya, selepas tamat SPM... saya pernah jejak kaki ke sini >>
untuk program matrikulasi selama 3 semester
Bekas lokasi Kolej Unitek, Jalan SS 6/12 Kelana Jaya |
dan
program ijazah kejuruteraan awam selama 3 tahun
Kampung Cempedak... dilorong ini, saya suka suasana kampungnya.
Muka depan lorong |
Saya dengan geng basikal hingga ke geng motor merayap ke Tasik Biru Kundang. Ikut laluan dalam dan kebun getah sebab tak ada lesen motor. Dulu ramai orang berkunjung termasuk pemain jet ski. Ayah marah kalau dia tahu saya merayap sampai ke sana. Ayah kembali di Kuang selepas 3 tahun berhijrah ke tempat lain.
Tasik Biru Kundang |
Laluan dalam |
Selain ke lombong (Tasik Biru Kundang). Saya jadi pengunjung perpustakaan. Mungkin dah remaja dan selalu kena marah sebab suka kerkawan dengan geng merayap, saya bawa diri jadi geng buku. Lebih kurang 1 batu dari rumah dengan basikal. Motor jarang sebab Ayah cakap, road tax & lesen tak ada.
Dengan basikal juga, kadang-kadang saya berkayuh ke Pekan Kuang. Beli pas bulanan bas dan window shopping. Di sini letaknya Stesen Keretapi Kuang. Sekarang pekan ni sibuk pada waktu puncak sebab ramai yang memilih naik tren Komuter di Stesen Kuang daripada memandu.
Tempat yang top zaman remaja saya ialah Simpang & Bandar Baru. Simpang batu 16, tempat pertemuan budak-budak sekolah. Tempat turun - naik bas awam. Ada pasar pagi setiap Jumaat.
Simpang Batu 16 Sg. Pelong |
Bandar Baru Sg. Buloh... bandar paling hampir. Tuisyen, beli belah barang sekolah. Saya pernah ambil tuisyen matematik tambahan di Kepong. Tahan 3 bulan, lepas tu ambil keputusan untuk belajar sendiri atas alasan jiwa tak boleh terima kalau niat nak ikut kawan-kawan. Lagipun, tak perlu bazir duit Ayah. Sian Ayah. Jadi keputusan SPM adalah keputusan atas usaha belajar sendiri. Bila dah umur 14 tahun, saya dah pandai turun KL.. cuci mata ikut kawan-kawan. Apa pun, pandai-pandai berkawan. Yang baik ikut, tinggalkan yang tak baik.
Bandar Baru Sg. Buloh |
Habis periksa SPM, saya jadi pekerja kilang sementara tunggu keputusan keluar. Belum keluar keputusan, saya berhenti. Rehat. Kenangan kerja kilang ialah duit gaji saya beli sepasang kasut paling mahal dalam sejarah hidup budak sekolah, berharga rm99 di Sogo. Kasut tu buat pakai ke kuliah dari matrik hingga ke tahun 1 degree. Berbaloi juga. Bila kena hujan, habis kaki tukar kaler biru.
Jalan Perusahaan 3 |
Lepas sekolah UPM, saya mula bekerja sebagai kerani pejabat perunding M & E selepas sebulan mengganggur. Saya tak pilih kerja. Janji dapat kerja dan pengalaman. Gaji permulaan ialah rm700. Jadi ler. Di sinilah bermulanya kisah jawatan pelukis pelan. Saya bertahan situ selama 21 bulan.
Bekas lokasi pejabat.. Jalan Medan Putra 3 |
Dulu di sana......
Pejabat lama |
Rumah....
Selepas 2 tahun bekerja di Cheras, saya terpaksa berpindah dan menyewa rumah di Cheras bersama Mak disebabkan perselisihan faham dengan Ayah bermula tahun 2007 hingga 2012. Hati saya kembali sejuk selepas 5 bulan merajuk. Saya bawa Ayah tinggal bersama disebabkan faktor keuzuran Ayah. Rumah sewa pertama saya ialah di Taman Sri Bahagia.
Jalan Bahagia 10 |
dan rumah sewa kedua di Bdr Tun Hussein Onn. Di situ, Ayah menghembuskan nafas terakhir selepas 2 minggu berpindah dan saya melangsungkan pernikahan setahun kemudian.
Jalan Suasana 4/2c |
28 Mei 2012.... Mak, saya dan suami kembali ke Kuang semula.
Saya dan Dia....
Hehehh... imbasan kenangan berpacaran.
Saya bekerja sambilan sebelah malam selama 3 tahun dari tahun 2006 untuk menampung perbelanjaan. Berdikari tanpa bergantung pada bantuan kewangan dari sesiapa. Dari McD, Kedai runcit hingga ke KFC. Saya berhenti dari kerja sambilan sebaik sebaik sahaja Ayah meninggal. Saya mula kenal dengan Tok Siak pada 2009 melalui adik angkat yang merupakan saudara Tok Siak. Kami sama-sama kerja sambilan di KFC.
Jalan Cerdas |
Pertemuan pertama ialah di Mid Valley jam 12 tengah malam selepas waktu kerja. Saya tak punya waktu lain. Awak nak jumpa sangatkan? Heheh. Jumpa di MidValley, makan di Bukit Angsana.
Makan goreng-goreng |
Sekian.
No comments:
Post a Comment