Cik Diari Maya,
Salam Aidil Adha. Alhamdulilah.. alhamdulillah, saya masih berpeluang menyambut Aidil Adha tahun ni dan saya berpeluang berpuasa sunat 8 & 9 Zulhijjah. Juadah raya semalam... sendiri sedia. Gulai kawah ayam, rendang ayam, kuah lodeh, nasi impit, nasi hujan panas & kek mentega. Syabas untuk diri sendiri.
Dah beberapa minggu tak jengok ke sini. Apa yang berlaku? Peristiwa penting... Busu, adik Mak telah kembali ke pangkuanNya 14 September lalu semasa saya bergegas ke hospital pagi itu. Tak sempat. Syukur.. Allah memberi kesempat saya melihat jasad, menunggu dikapan, menatap dan menguncup muka ayah kali terakhir dibilik mayat. Insan yang saya anggap pengganti Ayah. Ayah kedua. Ayah, nama panggilan yang saya pinjam dari anak-anak beliau.. jiwa hati saya & tok siak anggap dia ayah disebabkan kami ketiadaan kedua-dua ayah. Lagi tersentuh bila dia tersasul bahasakna diri dia ayah. Sejak berpindah saya jarang dapat bertemu ayah disebabkan jarak. Hingga hari ni saya masih mengimbas kenangan bila bertemu arwah.. dalam proses menerima ketiadaan ayah. Bila berada dirumah arwah, terpandang sofa, kerusi yang selalu arwah duduk. Tergiang-giang suara arwah. Al-Fatihah. Semoga amal ibadah ayah di terimaNya. Semoga roh ayah dicucuri rahmatNya.
September 25, 2015
September 9, 2015
September 6, 2015
Pencari wang
Baru Lebih sejam tadi dah selesaikan tugasan jahit jubah Damia. Percubaan pertama ambil tempahan. Ok ler... apa-apa kerja yang boleh mendatangkan wang dan tak mengganggu kehidupan sebagai isteri, saya on saja. Masa sekarang, perlu ada persediaan kewangan untuk masa-masa kecemasan. Kurangkan perbelanjaan yang merapu-rapu. Biar orang kata... biar gaya serupa tak berduit, asal setiap masa kita hidup bahagia, tenang dan selesa tanpa bayang-bayang masalah kewangan.
Projek 050915 Jubah batik sarawak |
Jadi, sementara Allah beri peluang, kesempatan dan potensi maka saya masih meneruskan dan merancang kerja-kerja sambilan. Semoga saya tak malas membina kehidupan dunia dan tak lupa kehidupan akhirat.
Sepanjang kesenyapan ini, beberapa gambar yang sempat dirakam....
Bahagia. Sekali sekala makan beradap |
Antara jubah2 sendiri yang terhasil |
Projek 260815: uncang 1100pcs |
Subscribe to:
Posts (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...