Rasanya dah sebulan saya mula meyemai benih cili merah sebab kami sekeluarga suka makan sambal berlado. Alhamdulilahhh.. mereka berjemaah, tumbuh dengan bahagia. Sebelum ni hampir kecewa dan serik nak menanam sebab selalu tak menjadi. Saya selalu cakap kat Mak & Tok Siak yang tangan saya tak sesuai atau 'tangan panas'. Kali terakhir hari tu, serai. Yang kekal hidup sejak lebih kurang setahun lepas, 2 rumpun. Tu pun keding. Kecewa. Tapi hati ni pujuk yang Allah tidak akan mengecewakan saya kalau saya usaha. Cuba saya cari kesilapan saya, bukan menyalahkan tangan. Allah beri kurniakan tangan dengan sangat baik kejadian dan penuh hikmah untuk seseorang. Syukur, bukan menyalahkan. Apa yang tak betul pada diri saya ialah teknik... ya, saya perlu berilmu sebelum menanam. Kesilapan saya selama ini. Semoga saya tak berhenti menuntut ilmu.
February 28, 2016
Kebun (1)

February 11, 2016
Cuti-cuti
Cerita semalam yang tak sempat dipost....
Dah tiga minggu berturut-turut ni, Isnin cuti. Lama sikit kat rumah.. berehat. Bahagiaaaa walaupun dua Isnin pertama terpaksa melayan demam. Cuti-cuti dah tamat. Sekarang dah tiba masa untuk mulakan kerja rajin-rajin. Alhamdulilah, perancangan Allah sangat teratur dan terbaik. Saya sebagai makhlukNya, perlu lalui dengan tenang dan ikhlas. Insyallah, aturan hidup ini akan lancar.
Kebanyakan masa cuti, habis kat rumah. Berehat selepas berbulan-bulan badan bekerja. Menguruskan kerja dan hal ehwal kat rumah, partime hingga kerja kat ofis. Muda semakin ditinggalkan. Jadi, keupayaan untuk rembat kerja-kerja yang perlu dilangsaikan semakin lemau. Hiruk pikuk kehidupan. Tak perlu menangkan duniawi saja.

February 3, 2016
Lemau
Dua minggu dilanda demam. Alhamdulilah.. semakin pulih minggu ni. Sepanjang 2 minggu sakit, saya dah masuk tiga klinik dan 3 kali cuti sakit dikeluarkan. Pertama kali dalam sejarah hidup. Perasaan jadi halus, berseni - kritikal dan sensitif. Apa pun, kena banyak bersabar untuk redah situasi yang tak sihat ni. Kalau tak sabar, gila meroyan jadinya. Setiap kejadian pasti berhikmah. Duhai hati, bersabarlah :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...