December 26, 2017

Sibuknyer

Kadang-kadang saya perlu lepaskan apa yang saya suka... minat. Menyerah kalah dulu untuk dapat yang lebih baik. Berkorban. Utamakan yang lebih penting. Perkara itu ialah.. Buang angin. Hahahahaha!
Hmmmm... sehari dua kebelakangan ni, keadaan buat saya berfikir semula. Saya perlu rombak jadual harian dan malam tadi saya dah lepaskan suatu kerja yang saya minat untuk beri laluan & keutamaan kepada menguruskan keluarga. Mujur pelanggan memahami. Yang penting saya terus terang. Lega dan tenang. Fokus saya kini ialah bekerja, menguruskan & melayan pelbagai kerenah 10 orang ahli keluarga. Alhamdulilah, meriah.
Saya mengalah tak bermakna saya tak teruskan apa yang saya suka. Saya punya pilihan. Saya masih boleh lakukan cuma dengan cara yang lebih sesuai dengan rutin harian.
Semoga ada hikmah & Allah beri yang lebih baik pada masa depan. Terima kasih Tok Siak sebab beri peluang, tolak ansur, mebantu & memahami.

Roti bakar bawang putih

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...