July 31, 2018

Husna

Deman drama. Bukan saya. Apa ceritanya, tak pasti. Semoga jalan ceritanya baik & jadi pelajaran yang baik kepada penonton setia.

Kehidupan terkini kami bertiga - saya, Tok Siak & Mak...
Dapur saya kembali berasap secara serius. Hari kerja, tak dapat ler nak makan sedap2 sangat. Menu ringkas je yang tak sampai sejam masak. Mujur, diorang tak cerewet. Saya & Tok Siak sedang menyusun semula rutin harian. Mak tinggal seorang di rumahnya. Bosan, tak ada teman bercakap. Kami pula sibuk bekerja pada waktu siang. Sesekali Tok Siak datang jengok Mak. Malam pula, tak sampai dua jam bersama-sama Mak. Pada usia begini Mak perlu teman. Sabar Mak, insyallah tahun depan kita lepak sama-sama. Mula hari ni, waktu malam ni Mak akan berada di kabin. Penyelesaian buat masa ni untuk Mak.

Beberapa orang memberitahu, saya baik sangat. Mungkin Tuhan saja hijabkan mata hati saya sementara dari mengetahui niat tak baik seseorang. Saya pasti, aturan Tuhan sangat baik. Saya harus ikhlas. Diam adalah satu jalan untuk saya hadam segala perit dan mendapatkan pelangi. Hidup saya bertuhankan Allah, bukannya manusia yang lupakan Tuhan.


No comments:

Post a Comment