February 9, 2011

cerita 21...

As Salam..

Alhamdulilah, aku dah daftar pernigaan dengan SSM kemarin. Sekarang dalam proses menyiapkan sampel-sampel. Harap-harap perniagaan ni berjaya. Insyallah :)
Aku tak nak daftar online sebab tak yakin dengan pembayaran online dan senang selesai kalau ada apa-apa butiran yang aku sangkut. Jadi, hari terakhir cuti aku abiskan dengan jejakkan kaki kat The Mall (dan juga merayap kat kedai-kedai riben Jln Tar dan Semua House).

Prosedur daftar perniagaan (ROC) - individu:

Lokasi: The Mall (tingkat 16).
Waktu urusan kaunter: Isnin-Jumaat 8:15 am - 5:30 pm
Yuran: rm70 (sebab aku bukan letak nama perniagaan nama sendiri)
Jangka masa: 1.5-2 jam. (target masa sebenar sejam je tapi masa aku pegi tu, ramai orang yang nak mendaftar. Perkhidmatan kaunter mesra, cekap dan pantas)

Langkah 1:
Kaunter 1 - Dapatkan borang. Lengkapkan borang PNA 42 dan borang A . Borang PNA 42 ialah borang kelulusan nama perniagaan. Borang A ialah borang pendaftaran perniagaan. Contoh untuk isi borang ada tampal kat dinding meja tulis pejabat SSM. Borang yang dah lengkap, kembalikan di kaunter untuk dapatkan no. giliran. Tunggu sehingga no. giliran dipanggil (20-40 min.). Satu salinan kad pengenalan diperlukan.

Langkah 2: Kaunter 3, 4, 5.....  - Urusan pembayaran daftar, nama perniagaan dan semakan butiran dalam borang. Resit dikeluarkan dan tunggu giliran dipanggil untuk ke kaunter 2.

Langkah 3: Kaunter 2 - Tunjukan resit dan sijil pernigaan dikeluarkan.

Kira agak mudah urusan dan selamat, cuma ambil masa sikit untuk prosedur 'pergi sendiri' ;)

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...