March 18, 2011

Hikayat "Aku & Dia"

Setelah selesai bersiap-siap untuk ke pejabat pagi itu, Zulaikha menuju ke dapur.

"Zulaikha, nanti bila kau senang, boleh bawa Mak ke klinik? Bawah rusuk ni cam sakit. Mak minta maaf sebab kau selalu bawa Mak ke klinik. Mak selalu tak sihat".

"Tak apa Mak. Adatlah.. umur macam ni. Mak boleh tahan ke?"

"Boleh"

"Kalau macam tu, nanti malam kita ke klinik. Mak tak payah masak hari ni".


Mak, mak banyak sangat berkorban untuk Zulaikha selama ini. Tak perlu minta maaf. Sayu dan terasa hati bila Mak cakap macam tu. Kalau Mak minta nyawa pada Zulaikha, Zulaikha akan beri.Sepatutnya Zulaikha yang sangat-sangat berterima kasih pada Mak. Pengorbanan Mak sangat besar. Kita telah sama-sama harungi kesusahan dan keperitan hidup. Mak terlalu banyak bersabar dengan dugaan hidup. Alhamdulilah, akhirnya hari ini kita dikurnia kemudahan hidup. Rezeki hari ini kita kongsi bersama, Mak.  

***

"Assalamualaikum Makcik". Sapa Doktor Fredy sebaik sahaja Makcik Aishah  melangkah masuk ke bilik rawatan doktor diikuti Zulaikha.

"Waalaikummussalam"

"Jemput duduk makcik. Sakit apa Makcik?"

"Bawah rusuk makcik sakit".

"Berapa lama sakit, Makcik?"

"Erm.. erm..." Teragak-agak Makcik Aishah menjawap. Dia memandang Zulaikha. Zulaikah memahami lalu menjawap.

"Dalam dua, tiga hari ni Doktor".

"Makcik ada buat kerja-kerja berat?. Makcik tunjuk saya yang mana sakit"

"Tak ada. Masak sikit. Cuci baju tak ada. Banyak rehat"

"Di sini sakit Makcik?" Tanya doktor sambil cuba menekan dikawasan sakit.

"Ya".

"Otot ni. Lepas ni Makcik kena rehat dulu".

"Ya, makcik rehat selalu rehat"

"Mak saya baru-baru ni ada mencantas rumput. Saya tak benarkan dia buat tapi dia degil".

Sudah puas saya melarang Mak tapi Mak degil. Saya boleh upah orang. Mak selalu cakap, 'tak perlu upah. Daripada duduk diam tak ada buat apa kat rumah, baik dicantas rumput kat luar ni'. Bukan apa, nanti orang tengok dan bercakap, 'iskk.. boleh pulak anak dia biarkan mak dia bersihkan rumah. Teruk betaul anak dia'.

*** 

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...