Semalam, macam-macam tempat aku dan laling jalan-jalan. Gerak dari umah 7:00 pagi.
Sepagi di Klang dan Rantau Panjang. Mula-mula macam biasa, pasar Pandamaran untuk borong stok ikan dan ayam seminggu. Lepas tu, kitorang ke Rantau Panjang. Cari baju dan seluar bundle. Tunggu sejam setengah kedai buka pukul 11.
Sambil tunggu, dok makan roti telur dan teh tarik. Best makan-makan kat kawasan kampung sebab sedap dan murah. Dok letih 'membebel' dalam kereta, beli air soya dan cincau. Yang best, harga sebungkus 50sen dan sedap. Patotlah kitorang pelik tengok orang ramai tunggu beli air situ. Memula try sebungkus. Pas tu tambah 2 bungkus. Patutla ramai orang beli air kat situ. Nanti aku tepek gambar gerai air wak tu kat sini bila datang sana lagi sebab tak bawak kamera semalam.
Berkat tunggu hampir dua jam kedai-kedai bundle tu, aku dapat satu seluar levis dan lee ori dengan harga 10 hengget tiap satu. Laling ngan dua helai seluar keje dia. Sampai umah, masing-masing pengsan. Insyallah, pas ni nak berkunjung kat BATA factory outlet.
Petang, kitorang turun Kajang. Kali ni kitorg borong lapan helai t-shirt. Semuanya rm65.
Macam-macam benda-benda berbaloi. Tak perlu belanja besar. Cuma kena rajin rayau dan cari. Satu pengalaman menarik yang diperkenal oleh lalingku. Sayang awak :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment