May 30, 2011

cerita 54... kemarin dan semalam

Kemarin.

 Habis keje aku balik. Menapak. Laling tak dapat amik sebab keje banyak. Nasib baik tak panas terik. Aku singgah kedai beli tepung pulut, kacang panjang dan tempe. Untuk makan 3 orang.. ok la. Mak tak masak sebab bahan mentah dah abis. Kiranya kitorang makan nasi goreng untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Tapi sebab ari Sabtu, hero-hero kat umah hanyut ngan keje. Jadi diorang makan kat luar. Tinggal aku dan Mak untuk habiskan nasi goreng.
Pas semayang zohor, aku turun dapur. Lapar, aku tahan jap sebab nak makan sambal tempe. Aku tak snap pic sebab bateri abis. Dekat sejam aku prepare dan masak sambal tempe. Lama kan? Tak pe... aku kan budak baru belajar. Hehehe. Sambal tempe menjadi sebab Mak cakap "sedap gak". Kul 3 baru aku ngadap citer hindustan sambil menikmati makan tengahari, quaker oat berlaukan sambal tempe.
 Pas makan aku lepak depan tv. Agak-agak bosan layan hindustan, aku gerak ke dapur lagi. Kali ni aku try buat Tang Yuen. Manisan orang Cina. Cam dalam pic kat bawah ni.



Memula aku rasa tak best masa makan panas. Aku biar bola-bola dalam air gula, harap-harap jadi sedap dan aku simpan dalam petiais. Harapan jadi kenyataan. rupanya Tang Yuen ni sedap bila sejuk dan makan esoknya. Aku plan pas ni nak letak inti dan tepung bancuh ngan santan skit baru ada rasa. Resipi yang mudah dan sedap dan wangi pandan satu umah. Semalam petang, Mak penutup Tang Yuen ;)


Semalam.
Ahad. Lalingku keje. Tak de pegi pasar Pandamaran, tapi pasar Balakong (econsave). Kul 10, dia pegi keje. Hantar barang ke Jengka. Mak masak, aku kemas, basuh baju dan macam-macam. Pas tu lepak depan tv. Bosan gak. Tapi ok sebab aku layan borak ngan Mak. Sian dia tak de kawan borak time kitaorang smue keje. Aku menjahit dan masak bubur kacang merah. Pas tu layan Mentor 5 (Akhir) sambil seterika 5 pasang baju keje. Tahniah Salma. Tu je la keje aku bila tak de Laling. Nak kuar, dia tak kasi. Laling balik, aku layan dia makan dan cakap-cakap. Pas tu tido... Isnin datang lagi

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...