November 24, 2011

cerita 102... bah mula melanda

@ Terengganu (23-11-11)
Bulan November dan Disember adalah musim hujan Malaysia. Beberapa negeri dah mula banjir dan mula mengorbankan nyawa penduduk.
Banjir Thailand dah mula reda & kerja-kerja pembersihan sekarang. Peristiwa banjir Thailand meragut ratusan nyawa, kerugian harta benda & kilang-kilang terpaksa menghentikan operasi berminggu-minggu. Mesin-mesin rosak teruk, kena tunggu 6 bulan untuk mesin baru. Tempias kepada negara-negara lain yang meimport barang-barang Thailand.
Ini semua menunjukkan, kuasa Allah sangat hebat. Tak ada seorang manusia boleh menandingi kuasa Allah yang maha hebat. Sekelip mata Allah boleh meragut nikmat yang dah diberi. Kejadian-kejadian ni membuka akal fikiran dan hati untuk insaf dan dekatkan diri kepada Maha Pencipta. Tinggalkan laranganNya & amalkan perintahNya. Insyallah, hidup baru sedap! ;)

sumber: http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...