December 13, 2011

citer 113... Cerita kita sudah tamat...

"Awak kekasih pertama saya
Saya memilih awak sebab saya percaya pada awak
Prinsip saya, bukan paras rupa & harta benda... tapi keikhlasan & kejujuran
Hubungan kita tidak direstui... awak lupa, setiap masalah, ada jalan penyelesaian
Awak pergi begitu saja
Dari nun jauh awak putuskan hubungan disaat-saat getir saya menghadapi peperiksaan akhir
Di sudut hati ini... 'sampai hati awak'
Hidup saya perit seketika
Syukur, Allah telah kurnia fikiran yang waras
Saya berusaha untuk pulih
1 tahun... 3 tahun... 10 tahun...
Kini, awak muncul
Tagih saya untuk bertemu awak
Untuk apa?
Rindu...
Kita bukan lagi kekasih
Saya telah dipunyai
Saya tidak akan tunduk dengan kata-kata manis dan pujukan awak 
Saya telah berjanji setia pada diri, hanya pada suami
Saya minta maaf
Kita tidak akan bertemu
Hati saya tertutup untuk awak dan sesiapa yang telah melukakan hati saya
Cukup dengan kenangan yang sangat terkesan awak tinggalkan
Biar saya awak anggap seorang isteri yang hidupnya setia tulus  pada suami disebabkan keengganan saya
Saya bukan seorang isteri yang berfikiran primitif 
Saya punyai suami yang menghormati, menghargai, ikhlas, penyayang,.. seorang lelaki yang baik
Dia sahaja sudah cukup untuk saya
Alhamdulillah..
Hidup saya bahagia, tenang dan ceria
Kehadiran awak hanya sebagai warna hiasan hidup saya
Lupakan kisah kita
Kini, kita sekadar kawan.... "

.... kawan yang bau-bau bacang sahaja ;p

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...