April 30, 2012
Saya rasa mau demam
Pagi ni rasa makin tak ok. Seram sejukk. Badan letih.... tak sedap. Kepala rasa berat. Mau tido. Juga, dah seminggu batuk datang balik. Aiyo. Semalam, jam 6pm telan ubat batuk. Jam 7, saya terus pengsan sampai pagi. Dah tak hirau dunia keliling. Kesan semalam ada lagi. Esok cuti hari pekerja. Boleh rehat lagi
April 17, 2012
Cerita 161 ... Biarkan kami
Kami suami isteri bukan budak-budak yang berumur 5 tahun. Kami punya kehidupan sendiri. Kenapa kami masih dikongkong dengan kuasa lebih tua. Biar kami hidup bebas tentukan hidup kami sendiri. Selama ini, kami sendiri yang mencari rezeki tanpa bantuan anda. Yang susah... yang membebankan, anda berdua serahkan kepada kami.
April 16, 2012
Cerita 160 ... apa ada hari ni?
Hari ni hari lahir saya! Yang ke-35... Alhamdulilah. Alhamdulilah atas rezeki yang ada. Kesihatan yang baik. Semoga Allah memberkati & melindungi saya. Semoga perjalanan hidup ni semakin lancar. Semakin ceria & bahagia. Syukur. Terima kasih Allah.
*****
Gini ler rupenyer bila Teciks dah puas main turun naik tangga... main hempas-hempas kepala & badan kat lantai. Bukannya tau sakit. Emosi jadi tak kacau bila tengok diorang tido
*****
Gini ler rupenyer bila Teciks dah puas main turun naik tangga... main hempas-hempas kepala & badan kat lantai. Bukannya tau sakit. Emosi jadi tak kacau bila tengok diorang tido
April 13, 2012
Cerita 159 ... pink kaler
Tahun ni, Laling saya awal-awal lagi dah menyerahkan hadiah hari lahir saya kemarin. Terima kasih sayang. Impian untuk dapat kasut ni dah tercapai.
April 10, 2012
Cerita 158... mesra rakyat
Gambar Hiasan |
Hari ni, sejarah dalam hidup, saya jejakkan kaki ke dalam mahkamah. Tak silap ada 5 kes dalam seisi yang sama dibicarakan. Tak sampai sejam, dah selesai. Keputusan, seorang penjamin dengan wang jaminan rm2500. Bulan depan perlu hadir semula.
Untuk kesalahan ini saja, perlu masa & agak rumit bagi yang tiada pengalaman. Macam urus orang sakit kat hospital. Perlu ke sana... ke sini. Macam-macam kaunter... jabatan.. bilik. Perlu kejar masa. Perlu kesabaran. Bernasib baik kalau dapat pegawai yang nak memberi kerjasama. Saya berpendapat, syarat-syarat wajib bagi ahli yang ingin menguruskan sesuatu hal ialah sihat tubuh badan, peramah, tak segan silu dan bijak menguruskan hal. Itulah hakikat bila berurusan rasmi.
Macam mana kalau lokasi kaunter... jabatan ... bilik letaknya jauh antara satu sama lain. Macam mana juga kalau lokasi pentabiran tu tak ada pengangkutan awam untuk sampai ke sana. Pengalaman saya tadi, saya & suami menumpangkan seorang wanita & anaknya ke bandar untuk membuka akaun bank bagi melunaskan wang jaminan. Perjalanan ke bandar lebih kurang 20 minit dengan kereta. Tiada bas awam. Teksi tak ramah lalu disitu. Saya bayangkan kepayahan wanita tersebut perlu ke bandar dan datang kembali ke mahkamah dalam masa 2 jam. Tambah lagi dengan masa untuk berurusan di kaunter bank.
Inilah nasib orang-orang biasa macam saya. Saya rasa patut orang-orang atasan perlu mempunyai pengalaman orang biasa-biasa terlebih dahulu sebelum mewujudkan suatu lokasi pentadbiran & pengurusan untuk orang biasa-biasa macam saya, wanita tersebut & lebih kurang berkeupayaan dari saya. Lebih mesra rakyat.
Cerita 157... teladan bila jadi fanatik
Emergency Flare |
Seorang adik yang baik yang bebas rokok yang suka habiskan masa di rumah, futsal, penyokong pasukan bola yang aktif... mungkin sebab fanatik dengan satu kelab penyokong bola, tanpa sedar dia dah lakukan satu kesalahan walaupun dia tahu bahan tu salah satu bahan terlarang dan pernah kawan dia membawa masuk bunga api ke dalam stadium. Mungkin adik tak tahu yang kawan dia terlepas dari pemeriksaan pengawal stadium.
Akibatnya, dia merasa tinggal dalam lokap beberapa hari, 'ponteng' keje, duit terbang jika sah bersalah dan dengan denda, kena marah dengan kakak-kakak... mendidih tinger ko dik balik nanti. Kitorang dah mendidih tingers semalam sebab merahsiakan hal ni beberapa hari atas permintaan ko dik. Harap adik lebih berhati-hati, sedar dengan apa yang nak dilakukan.
*emergency flare: kereta-kereta di negara jepun dilengkapi ini sebagai tanda jika menghadapi kecemasan dijalan raya.
April 8, 2012
April 7, 2012
Cerita 156... Sabtu yang terindah
Hari Sabtu, keja separuh hari. Yeayyy!!.. Hari ni macam biasa saya kena balik umah sendiri. Lalingku keja sampai jam 6. Saya kena naik bas & jalan kaki selama 20 minit untuk sampai umah di tengah cuaca panas terik. Satu istimewa hari ni, saya naik bas yang dipandu oleh pemandu perempuan. Bas ke Damai Perdana dah ada pemandu perempuan. Ganas gak dia bawak.
Sampai umah terus makan. Lauk tenggiri masak lomak cili padi. Perghhhh... berseloro den makan. Pas makan, lepak tengok maraton CSI Miami. Paberet nih. Niat nak sambung projek menjahit. Jap lagi ler. Kembali bersambung ;)
Sampai umah terus makan. Lauk tenggiri masak lomak cili padi. Perghhhh... berseloro den makan. Pas makan, lepak tengok maraton CSI Miami. Paberet nih. Niat nak sambung projek menjahit. Jap lagi ler. Kembali bersambung ;)
April 6, 2012
Cerita 155.. Oooh Bakul Biruku
Bakul ni sangat berjasa kat saya. Dah 10 tahun. Dah macam-macam fungsi. Memula dulu, 'rak' baju masa dok rumah sewa. masa ni malas nak beli almari baju sebab tetiap minggu balik umah. Dah abis belajar, jadi tempat sementara baju yang dah lipat sebelum baju-baju disusun dalam almari mengikut kategori masing-masing. Kekadang jadi tempat sementara sampah sarap di waktu berkemas di ujung minggu. Pas tu, jadi tempat simpanan bahan-bahan menjahit. Sekarang bila dah ada meja menjahit, jadi tempat bermain tecik-tecik saya disamping kembali jadi tempat sementara baju-baju yang baru dilipat oleh Mak dan stok bahan-bahan bisnes.
*****
April 5, 2012
Cerita 154... Tambah pendapatan.
Sejak minggu lepas, saya sibuk dengan kerja-kerja ofis. Hari ni, baru sempat untuk bercerita. Semalam dan hari ni Lalingku cuti. Ambil & hantar Abang Sabran balik Lahad Datu. Sementara tunggu Abang Sabran, Lalingku ambil alih tugas restock seluar untuk Batch 005. Beginiler rutin setiap minggu... restock dan restock lagi. Awal/ hujung bulan berganda-ganda restock. Alhamdulilah. Insyallah kalau ada rezeki & sentiasa bedoa kepadaNya semoga perniagaan ni makin maju.
Macam-macam yang saya plan. Tunggu cukup modal je. Setiap kita ada peluang untuk menambah pendapatan. Bagi saya yang penting ialah minat. Kemudian modal dan masa... bikin sangkut-sangkut kalau kurang atau tak ada. Kan?.... jawapan bila tanya pada diri sendiri: Ya. Heheh.
Soalan: Apa tujuan berniaga?
Jawapan dari diri sendiri ialah:
Pertama: Saya tak biasa dok diam biarkan masa berlalu tanpa hasil yang berpatutan. Rugi. Saya perlu isi masa dengan bermanfaat samada isi dengan ilmu atau pendapatan.
Kedua: Saya minat untuk berniaga. Bukan untuk jadi cepat kaya tapi saya suka untuk memberi servis yang terbaik kepada orang lain yang sukar untuk mendapatkan suatu barang dengan berkualiti tapi lebih murah. Saya geram bila tengok harga barang tak berpatutan dengan kualiti barang
Ketiga: Bila ada perniagaan, saya perlu ke sana sini & jumpa dengan ramai orang. Saya suka melihat dunia ciptaan Allah yang luas ni.... dihiasi dengan pelbagai corak ragam khalifah. Saya belajar untuk lebih bersabar, jujur, menetapi masa dan amanah; dan menguruskan suatu hal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...