April 5, 2012

Cerita 154... Tambah pendapatan.

Sejak minggu lepas, saya sibuk dengan kerja-kerja ofis. Hari ni, baru sempat untuk bercerita. Semalam dan hari ni Lalingku cuti. Ambil & hantar Abang Sabran balik Lahad Datu. Sementara tunggu Abang Sabran, Lalingku ambil alih tugas restock seluar untuk Batch 005. Beginiler rutin setiap minggu... restock dan restock lagi. Awal/ hujung bulan berganda-ganda restock. Alhamdulilah. Insyallah kalau ada rezeki & sentiasa bedoa kepadaNya semoga perniagaan ni makin maju. 


Macam-macam yang saya plan. Tunggu cukup modal je. Setiap kita ada peluang untuk menambah pendapatan. Bagi saya yang penting ialah minat. Kemudian modal dan masa... bikin sangkut-sangkut kalau kurang atau tak ada. Kan?....  jawapan bila tanya pada diri sendiri: Ya. Heheh.

Soalan: Apa tujuan berniaga?
Jawapan dari diri sendiri ialah:
Pertama: Saya tak biasa dok diam biarkan masa berlalu tanpa hasil yang berpatutan. Rugi. Saya perlu isi masa dengan bermanfaat samada isi dengan ilmu atau pendapatan.
Kedua: Saya minat untuk berniaga. Bukan untuk jadi cepat kaya tapi saya suka untuk memberi servis yang terbaik kepada orang lain yang sukar untuk mendapatkan suatu barang dengan berkualiti tapi lebih murah. Saya geram bila tengok harga barang tak berpatutan dengan kualiti barang
Ketiga: Bila ada perniagaan, saya perlu ke sana sini & jumpa dengan ramai orang. Saya suka melihat dunia ciptaan Allah yang luas ni.... dihiasi dengan pelbagai corak ragam khalifah. Saya belajar untuk lebih bersabar, jujur, menetapi masa dan amanah; dan menguruskan suatu hal.


28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...