Majlis nikah, 7 Julai... Johor Bahru |
Suatu masa dulu... time tak ada kereta, Ali tolong amik & hantar balik kitorang sekeluarga kalau ziarah diorang sekeluarga. Bila dah ada kereta, tak ada orang teman & ajar memandu dijalan raya. Ali yang tolong saya. Ali, hero, pemandu dan peneman kitorang sepupu-sepupu perempuan bila keluar jalan-jalan bersama. Paling tak lupa, kitorang sumbatkan diri masing-masing seramai 6 atau 7 orang (...kot) dalam kereta kembara tengah malam naik ke Genting . Dah tak tau nak pegi mana dan nak sangat jalan-jalan. Giler! Turun Genting, Hawa kot jek yang teman Ali memandu. Lain smue lolap. Satu lagi, kenangan Hari Keluarga di Tasik Pedu, Kedah. Meriah sangat-sangat. Tapi sejak diselubungi kemelut sesama sendiri, hubungan kitorang agak renggang. Masing-masing dah 'besar panjang' dan bekerja... dah bercampur gaul dengan orang luar & persekitaran, prinsip masing-masing dah mula berubah.
Sekarang, keadaan saya agak stabil dari segi pengurusan hidup.. masa untuk membalas jasa baik diorang. Untuk majlis Ali, saya tawarkan untuk menggubah hantaran. Jadi sejak sebulan dua kebelakangan yang lalu, saya agak kurang update stori. Sebok meng'gentel' bunga:)
Majlis sanding, 14 Julai.... Shah Alam |