Pada kesempatan ini kepada pembaca blog diari ini, saya ingin mengucapkan -
Selamat menyambut Aidil Fitri,
mohon ampun maaf
Berminggu-minggu tak post apa-apa. Kesibukan melanda dari minggu terakhir puasa sampai minggu lepas dan juga bulan Syawal ni. Projek uncang tempoh hari berjaya disiapkan sebelum cuti raya.Tahun ni cuti raya saya agak panjang - 2 minggu. Khas untuk balik kampung, Kg. Desa Bajau, Lahad Datu dan bercuti di Kudat dan Kundasang. Tahun ni ialah tahun ketiga saya berhari raya bersama keluarga suami selepas hampir tiga tahun lebih berumah tangga.
16-18 Ogos 2012
|
KKIA Terminal 2, Kota Kinabalu |
Persiapan raya tahun ni agak kelam kabut sebab sibuk siapkan projek uncang Kak Aizan dan Kak Rozita. Baju raya merangkap baju majlis bertandang Roy sempat siap tapi baju jubah untuk sembahyang raya En. Suami tak sempat. Raya saya bermula dengan kepulangan saya dan suami ke kampung. Bagi perjalanan Kuala Lumpur ke Lahad Datu, kami perlukan 2 penerbangan. LCCT - Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu - Lahad Datu. Kami tiba di KK jam 10:55 malam pada 16 Ogos dan berehat di rumah keluarga Abang Riduan sementara penerbangan terawal jam 6:25 pagi 17 Ogos ke Lahad Datu. Penerbangan mengambil masa 55 minit.
|
Sepagi di pangkin |
Kami ada dua hari sebelum menyambut Syawal. Kelebihan sampai awal dikampung ialah penyesuaian waktu (lebih kurang sejam awal dari semenanjung) dan rehat-akibat kesibukan uruskan rumah untuk ditinggalkan dua minggu dan keletihan berkemas barang. Tambah lagi perjalanan LCCT-Kota Kinabalu-Lahad Datu dari malam hingga pagi.
Bila dah ada kat kampung, rutin pagi yang biasa saya kemas dapur, tolong Inak sidai baju dan bancuh satu jug besar nescafe. Saya belom dapat biasakan diri sepenuhnya dengan keluarga besar suami.
Masih kekok, ragu-ragu dan risau dengan setiap perlakuan sendiri. Setahun sekali balik kampung sejak
berumahtangga.
|
Pemandangan dari pangkin |
|
Waktu yang paling saya suka ialah lepak kat pangkin selepas kemas dapur juga sementara tunggu semua orang bangun tidur ditemani satu mug nescafe dan kucing-kucing. Suasana pagi yang damai dan tenang diatas air. Bunyi tapak-tapak kaki orang kampung berjalan atas titi keluar masuk kampung. Mula jam 5:45 pagi, sorang demi sorang ahli keluarga akan bangun pagi. Kebiasaannya Inak, Tatak, Kak Salma, Abang Elton dan Abang Bex. Biasanya tugas Tatak ialah memasak dari sarapan pagi hingga makan malam. Tugas tambahan musim raya ialah masak juadah raya.
Kalau tak balik kampung, dah tentu saya bersilat sana sini sampai ke awal pagi raya. Persiapan raya yang sederhana. Suasana persiapan raya keluarga dikampung berbeza. Agak santai. Persiapan kali ni dibuat pada pagi raya. Ketua masak ialah Kak Tatak dan ketua kemas ialah Kak Ken. Tugas saya pula ialah tidor. Heheheh... bantu apa yang patot.
Tahun ni, bekalan air adalah terhad. Saya simpati dengan keadaan penduduk Sabah terutama di kawasan-kawasan yang saya lawati. Sejak menjejakkan kaki di Sabah dua tahun lepas, saya sedia maklum dengan sendirinya dengan masalah bekalan air paip. Kebanyakan rumah-rumah di kawasan yang saya lawati akan dihiasi tangki-tangki besar berwarna biru. Setiap rumah wajib ada tangki air lebih dari satu. Selain bergantung kepada air paip, mereka bergantung kepada air hujan. Keadaan ini menginsafi saya tentang pentingnya penggunaan air. Penduduk di bandar dan kawasan berhampirannya agak bernasib baik manakala kawasan yang agak jauh dan pendalaman kurang bernasib baik. Mungkin mereka bergantung pada air sungai, mata air dan air dari bukit.
19 Ogos 2012
|
Menu sarapan pagi |
Syawal menjelma.Seperti biasa, kaum lelaki akan menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Saya tak turut serta hanya memerhati dari jauh dan membantu persiapan di rumah. Rumah kami berhampiran dengan surau. Selepas solat sunat, acara bermaaf-maafan bermula dari rumah kemudian ke rumah-rumah jiran. Seperti biasa, acara ziarah kubur selepas sarapan pagi. Seluruh ahli keluarga turun untuk ziarah pusara Mak (ayah).
|
Kasih anak |
Selesai ziarah, berehat di rumah. Tetamu mula datang beraya. Hari pertama ialah hari yang paling sibuk. Tetamu tak putus-putus hingga ke malam.
|
Pusara Mak |
20 Ogos 2012
Hari kedua Aidil Fitri, ziarah keluarga terdekat. Rumah pertama yang dituju ialah rumah anak Pak Long di kampung, Sinakut. Ada majlis cukur jambul - kembar 3 cucunya. . Perjalanan lebih kurang 2 jam. Saya suka ke sini sebab rumah tepi pantai. Raya kali ni tak berkesempatan turun ke pantai.
Kami ke Felda Sahabat 16, Kg. Desa Kencana. Tak jauh dari tumah Pak Long. Beraya rumah adik Mak. Ini kunjungan pertama saya sejak berumahtangga. Sebelum ni, selalu tak sempat. Rumah ketiga yang juga rumah terakhir ialah rumah adik Mak juga. Ada majilis cukur jambul juga. Makan nasi lagi. Hehehh. Kenyang sangat. Akibatnya, satu hari lebih sakit perut sebab makan macam-macam dan banyak minum minuman berkarbonat.
|
Beraya di Kg. Desa Kencana |
21 & 22 Ogos 2012
Selama dua hari kami tidak kemana-mana, hanya berehat di rumah dan terima tetamu.
23 Ogos 2012
|
Cukur jambul di rumah ketiga |
.......
bersambung