Pada kesempatan ini kepada pembaca blog diari ini, saya ingin mengucapkan -
Selamat menyambut Aidil Fitri,
Selamat menyambut Aidil Fitri,
mohon ampun maaf
Berminggu-minggu tak post apa-apa. Kesibukan melanda dari minggu terakhir puasa sampai minggu lepas dan juga bulan Syawal ni. Projek uncang tempoh hari berjaya disiapkan sebelum cuti raya.Tahun ni cuti raya saya agak panjang - 2 minggu. Khas untuk balik kampung, Kg. Desa Bajau, Lahad Datu dan bercuti di Kudat dan Kundasang. Tahun ni ialah tahun ketiga saya berhari raya bersama keluarga suami selepas hampir tiga tahun lebih berumah tangga.
16-18 Ogos 2012
16-18 Ogos 2012
KKIA Terminal 2, Kota Kinabalu |
Sepagi di pangkin |
Kami ada dua hari sebelum menyambut Syawal. Kelebihan sampai awal dikampung ialah penyesuaian waktu (lebih kurang sejam awal dari semenanjung) dan rehat-akibat kesibukan uruskan rumah untuk ditinggalkan dua minggu dan keletihan berkemas barang. Tambah lagi perjalanan LCCT-Kota Kinabalu-Lahad Datu dari malam hingga pagi.
Bila dah ada kat kampung, rutin pagi yang biasa saya kemas dapur, tolong Inak sidai baju dan bancuh satu jug besar nescafe. Saya belom dapat biasakan diri sepenuhnya dengan keluarga besar suami. Masih kekok, ragu-ragu dan risau dengan setiap perlakuan sendiri. Setahun sekali balik kampung sejak berumahtangga.
Pemandangan dari pangkin |
Kalau tak balik kampung, dah tentu saya bersilat sana sini sampai ke awal pagi raya. Persiapan raya yang sederhana. Suasana persiapan raya keluarga dikampung berbeza. Agak santai. Persiapan kali ni dibuat pada pagi raya. Ketua masak ialah Kak Tatak dan ketua kemas ialah Kak Ken. Tugas saya pula ialah tidor. Heheheh... bantu apa yang patot.
Tahun ni, bekalan air adalah terhad. Saya simpati dengan keadaan penduduk Sabah terutama di kawasan-kawasan yang saya lawati. Sejak menjejakkan kaki di Sabah dua tahun lepas, saya sedia maklum dengan sendirinya dengan masalah bekalan air paip. Kebanyakan rumah-rumah di kawasan yang saya lawati akan dihiasi tangki-tangki besar berwarna biru. Setiap rumah wajib ada tangki air lebih dari satu. Selain bergantung kepada air paip, mereka bergantung kepada air hujan. Keadaan ini menginsafi saya tentang pentingnya penggunaan air. Penduduk di bandar dan kawasan berhampirannya agak bernasib baik manakala kawasan yang agak jauh dan pendalaman kurang bernasib baik. Mungkin mereka bergantung pada air sungai, mata air dan air dari bukit.
19 Ogos 2012
Menu sarapan pagi |
Kasih anak |
Selesai ziarah, berehat di rumah. Tetamu mula datang beraya. Hari pertama ialah hari yang paling sibuk. Tetamu tak putus-putus hingga ke malam.
Pusara Mak |
20 Ogos 2012
Hari kedua Aidil Fitri, ziarah keluarga terdekat. Rumah pertama yang dituju ialah rumah anak Pak Long di kampung, Sinakut. Ada majlis cukur jambul - kembar 3 cucunya. . Perjalanan lebih kurang 2 jam. Saya suka ke sini sebab rumah tepi pantai. Raya kali ni tak berkesempatan turun ke pantai.
Kami ke Felda Sahabat 16, Kg. Desa Kencana. Tak jauh dari tumah Pak Long. Beraya rumah adik Mak. Ini kunjungan pertama saya sejak berumahtangga. Sebelum ni, selalu tak sempat. Rumah ketiga yang juga rumah terakhir ialah rumah adik Mak juga. Ada majilis cukur jambul juga. Makan nasi lagi. Hehehh. Kenyang sangat. Akibatnya, satu hari lebih sakit perut sebab makan macam-macam dan banyak minum minuman berkarbonat.
Beraya di Kg. Desa Kencana |
Selama dua hari kami tidak kemana-mana, hanya berehat di rumah dan terima tetamu.
23 Ogos 2012
Cukur jambul di rumah ketiga |
....... bersambung