October 18, 2012

Nak Melo Ais!


Gambar hiasan semata-mata
Jam dah 2:30 pagi. Mata tak leh tutup pulak sebab dah tido 3 jam tadi. Pas sembahyang Maghrib, lelap jap jadi lelap lama. Sedar-sedar... kul 11. Pas siapkan telur dadar, seisi menyuap nasi Kembar-Saya. Sian dia, tunggu dari kul 8. Hehehh... jahatkan saya. Ye la... sekejap nak makan, sekejap tak nak makan. Main-main. Akhirnya, dua-dua tertidur. Pekena 2 pinggan. Pas tu, Nak Melo Ais!. Sewetnyer lalingku ini :)
Niat nak tido balik, pusing-pusig tak boleh gak nak tutup mata ni. Mulut menyanyi-nyanyi sebelah. Kembar-Saya cakap, "Awak gi tenet ler". Hahahaha. Tu yang tenet. Sampai mata kelat balik ler jawapnya ni.

Apa yang menarik semalam? Ada satu. Hidup kita diuji dengan pelbagai dugaan. Biasanya, kemiskinan atau hidup sederhana selalu dikaitkan dengan dugaan kesusahan. Tapi kali ni, pengajaran yang saya dapat ialah dugaan apabila hidup senang atau kaya. Ini saya teringat satu ceramah agama tentang ujian Allah. Orang kaya pun tak lari dari menerima dugaan. Antara dugaannya ialah sikap sombong dan meninggi diri. Bila kita senang, kita jadi leka. Kita lupa yang Allah boleh menarik rezeki yang melimpah ruah pada bila-bila masa. Tokoh-tokoh agama juga terima dugaan. Jadi sombong bila dihormati masyarakat dengan menyangka ilmu menjadikannya dia lebih mulia dan beriman. Kesimpulan, sedar diri pada bila-bila masa ;)

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...