Kembali menyelubungi. Baru sembuh dan dapat lagi. Kebiasaannya sakit ni datang sebab saya minum air yang tercemar. Sakit tekak dan batuk, memanglah kembar. Batuk sampai luka .. bengkak. Kali ini memang lagi sakit sebab sakit bila nak telan air liur. Mana tak tambah sakit, makan dan minum main sebat je. Hee.. tekak punya pasal. Hari ini baru nak jaga minum dan makan.
Isu hangat sekarang ialah pencerobohan keturunan Sulu dari Filipina menuntut hak mereka ke atas beberapa daerah di Sabah. Daerah paling ketara ialah Lahad Datu. Kampung suami saya. Mujur rumah keluarga terletak di bandar. Laporan rasmi menyatakan keadaan masih terkawal dan dalam kawalan pihak keselamatan Malaysia walaupun sudah lapan orang anggota telah terkorban. Semoga keadaan kembali aman dalam masa terdekat dan bebas dari pencerobohan
March 9, 2013
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...