May 7, 2013

Saya sudah.. anda?

Ahad lepas saya dah tunaikan tanggungjawap saya sebagai rakyat Malaysia, mengundi. Seperti musim lalu, saya mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuang, sekolah lama saya. Lama pulak beratur. Kalau ada umur panjang lima tahun lagi, saya buang undi petang. Dua tiga orang je macam musim lepas. Jimat masa dan cuaca tak berapa panas. Sambil tunggu giliran, sempat jengok-jengok perubahan. Dah banyak blok-blok bangunan. Masa mengundi ni la jumpa muka-muka penduduk asal, lama dan kawan-kawan sekolah dulu.


Undi mula dikira selepas jam 5. Ramai yang berjaga untuk tunggu keputusan termasuklah En. Suami (psssttt... dia tak mengundi. Busuk sungguh! Heee)

En. Penanalisa undi 
Keputusan....

BN

Tahniah. Semoga janji ditepati. Warga pemimpin BN mempunyai tanggungjawap yang besar melaksanakan kerja anda sebagai pemimpin terutama pemimpin-pemimpin Islam. Anda lalai memegang amanah, anda berdosa. 

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...