Saya akui tugas sebagai isteri, pekerja dan ibu sekali gus amat berat bagi seorang perempuan yang bertanggungjawap. Bagi saya, suami wajip membantu isteri sebab isteri telah membantu suami menguruskan rumahtangga dan keluar bekerja untuk perbelanjaan tambahan keluarga. Suami yang duduk bersantai tanpa membantu isteri selepas waktu bekerja harus dihukum tidur di luar rumah. Banyak cantik muka ko!. Hehehh
Seorang lagi mengadu hal suami beliau tidak memberi wang belanja disebabkan telah di ilmu hitamkan oleh bekas isterinya. Lelaki tersebut terlalu berkira hinggakan si isteri perlu menanggung kos petrol untuk menghantar dan mengambil si isteri bekerja.
Dari dua kisah ini, saya bersyukur dan bernasib baik sebab Allah telah menghadiahkan saya suami yang baik dan bertanggungjawap. Walaupun ada yang tidak sempurna, kami saling mencukupi antara satu sama lain. Semoga ikatan ini diberkati.
No comments:
Post a Comment