September 9, 2013

Rutin hujung minggu

Sejak tinggal di rumah kabin, rutin hujung minggu berubah dari tidur, makan, minum, tv ke menguruskan kebun kami. Hidup kami semakin ceria dengan kehadiran mereka. Sepanjang pagi dan petang Ahad, kami suami isteri akan berada di kebun. Penuh dengan aktiviti membersih, memberi makan dan menyiapkan keperluan tempat mereka. Waktu rehat juga dikebun. Terapi fizikal dan mental.
Allah Maha Adil. Walaupun kami belum dikurniakan cahaya mata, hidup kami tetap bahagia dan ceria. Hidup kami dikelilingi haiwan ternakan termasuk kucing. Tiada kesedihan dan kecewa. Kami perlu berusaha dan redha dengan ketentuanNya.
Kami juga dikelilingi oleh orang-orang yang sudi menerima kami seadanya. Pokok pangkalnya jika kita ikhlas dengan orang sekeliling kita, pastinya kita disenangi dan diterima. Ini adalah prinsip suami saya. Orang yang benar-benar ikhlas dan berniat baik akan dekat dengan kita. Orang yang prasangka dan tidak ikhlas Allah akan jauhkan dari kita. Lagi, jika kita hidup dengan ikhlas, Allah akan bantu dan memudahkan urusan kita (yang selalunya diluar jangkaan). Ini kebenaran yang saya lalui. Kita hanya perlu taat, yakin dan bersyukur denganNya.


Nonets, nyiau2 angkat saya lagi: "Kami suka bergurau"

"Kami dah penat bermain"

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...