Mengingatkan ini, saya juga pernah mengabaikan tanggungjawap saya sebagai anak terhadap ayah saya selama 5 bulan. Saya meninggalkan rumah. Pada zahirnya orang lain nampak saya seorang anak yang zalim, meninggalkan seorang ayah yang uzur. Di dalam hati saya, tuhan sahaja yang mengetahui. Saya rapat dengan ayah. Mustahil saya sampai hati meninggalkan ayah saya. Saya rindu ayah saya....
Saya cuma jauhkan diri hanya sementara sehingga hati ayah dan keadaan menjadi sejuk. Saya balik jauh malam bukan berpoya-poya tetapi mencari pendapatan lebih. Ketika itu, saya bekerja sambilan selepas waktu pejabat. Saya cuma berehat sehari dalam tempoh 2 minggu. Saya tak punya masa yang banyak diluangkan untuk Mak dan Ayah. Saya keluar bekerja seawal jam 6 pagi dan pulang seawal 11 malam setiap hari. Saya sangat letih. Prestasi kerja saya juga menurun. Saya tak dinaikkan gaji selama 2 tahun. Hanya Allah yang tahu kekuatan saya waktu itu. Lebih menyedihkan dalam sejarah hidup, saya tak pasti mana datang cerita-cerita tak baik tentang saya sampai ayah menjadi sangat marah dengan saya.
Ayah suruh saya pergi.... Saya berpindah bersama Mak dengan harapan ayah akan terima saya semula. Alhamdulilah, selepas 5 bulan ayah dapat terima saya. Saya bawa ayah tinggal dengan saya kerana keaadaannya semakin uzur. Mudah untuk saya mengurus kedua-duanya walaupun tak sempurna. Pada masa itu, saya masih bekerja sambilan dan masa yang sedikit untuk Ayah dan Mak.
Ayah pergi mengadap Ilahi dibawah jagaan saya dan Mak. Kali terakhir saya duduk bersama-sama Ayah ialah sewaktu saya menemani arwah makan. Saya mengusap tangan Ayah yang memberi isyarat saya sayang ayah dan mohon maaf atas segala kekasaran saya. Mata Ayah dah tak nampak untuk lihat saya tapi menggangguk-angguk kepala menandakan dia faham maksud perbuatan saya. Selepas itu saya hanya berkesempatan menjengok ayah tidur dibilik sebelum dan selepas kerja. Mak, terima kasih kerana membantu saya menguruskan ayah sepanjang ketiadaan saya dirumah. Sekarang saya dan suami menjaga Mak. Saya tak sesibuk dulu.
Alhamdulilah.... Mak Ayah saya memilih saya untuk menjaga mereka dan membela nasib orang tua saya. Saya tak berharta tapi saya berasa puas dan tenang biar pun saya tak disukai hingga kini kerana pernah mengabaikan Ayah.
"Ayah, maafkan Wa sebab tak sempurna jaga Ayah. Mak, Wa akan cuba yang terbaik balas jasa baik Mak".
No comments:
Post a Comment