
Pelukis pelan paip bekalan air dan kumbahan ni di bawah naungan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. Saya lukis paip sahaja, bukan lukis bangunan. Lukis bangunan di bawah arkitek. Takat lukis bangunan, sikit-sikit boleh ler. Ada masa terluang, saya tengok-tengok lukisan arkitek. Lukis ni bukan boleh suka-suka Kak Jemah yerrr... semuanya ada standard yang dah ditetapkan. Maksudnya ikut saiz, bentuk dan ciri-ciri tertentu. Juga perlu ikut arahan orang atas. Nahas kamu nanti kalau memandai mandai tukar itu ini. Ini penting, apa saja perubahan dalam lukisan, akan dilaksanakan di tapak pembinaan. Bukan satu pihak sahaja tapi banyak pihak mungkin terlibat dalam satu-satu perubahan.
Dalam satu projek pembinaan terutama projek besar yang nilainya berjuta, banyak servis-servis perkhidmatan yang terlibat. Pihak-pihak yang saya maksudkan antaranya servis-servis elektrikal, lif, pelindung kebakaran, hiasan dalaman, paip hujan, pendingin udara dan landskap. Untuk menghasilkan sebuah bangunan yang baik, kerjasama dan tanggungjawap semua pihak sangat penting. Kalau pelan lukisan salah, yang kena jawap ialah orang atas saya iaitu samada kerani tapak, penyelia tapak atau bos. Kat pejabat, bersedialah untuk di marah atau maki hamun sebab mereka terlebih dahulu kena. Hehh... ngeri dan seram. Perkara biasa dalam dunia pembinaan. Apa pon, senyum je la macam Kak Tong buat selalu sebab dah lali dan bos dah paham sangat.
Dah 12 tahun saya dalam bidang ni. Bukan senang. Kerja sampai malam, tak balik rumah (pakej 2 hari 1 malam), kerja pada hari cuti dan diri jadi tak tentu arah. Semuanya sebab kerja date line submission. Bagaimanapun saya puas hati sebab ini adalah minat saya. Autocad adalah senjata utama pelukis pelan. Software untuk melukis. Dah siap, print kan aje. Boleh ubahsuai lukisan dengan cepat. Nak lukis tangan (manual) guna pen, pensel dan pemadan agak kurang sesuai masa sekarang sebab masa dan kekemasan lukisan. Saya tak ada sijil sah autocad. Saya belajar autocad selama 2 minggu dengan kawan-kawan. Belajar sambil kerja. Haaaa... Kak Tong bolehh apa.. asal ada minat. Lebih kurang 2 minggu ni hanya untuk ilmu asas-asas command autocad. Lepas tu baru belajar sikit-sikit trick autocad melalui Help autocad, tengok kawan-kawan buat kerja dan tanya kawan. Ini semua atas inisiatif sendiri untuk pandai, pantas dan cekap buat kerja.
Pengalaman kerja dari dulu ialah sentiasa banyak kerja. Alhamdulilah, rezeki bos... rezeki saya juga. Jarang-jarang ada hari yang terluang. Sedikit perubahan dalam satu bahagian lukisan biasanya melibatkan bahagian lukisan lain. Jadi, tanggungjawap pelukis pelan untuk peka dengan perubahan dalam suatu lukisan. Dari segi gaji, Allah telah tentukan perjalanan hidup saya dengan adil. Alhamdulilah. Bermula pada Mac 2002 dengan gaji rm700 sebulan tak termasuk potongan SOCSO dan KWSP. Apapon bekerja dengan sabar, ikhlas serta hidup dengan sederhana dan ikut kemampuan.
Sekian, celoteh kerjaya kali ini. Insyallah bersambung lagi.....
No comments:
Post a Comment