July 22, 2014

Sakit gigi dan seisi menjahit

Dah 2 hari dilanda sakit gigi. Kali ni sebelah kanan. Sakit merebak sampai sebelah kepala. Atoiiiiiiii... sakitnya sampai terpaksa telan pil tahan sakit. Puasa separuh hari semalam. Hari ni tak pose? No! no! nooooooo!. Sedaya upaya menahan sakit sebab kesan ketahanan pil dah abis tengahari ni. Alhamdulilah. Sakit ni menguji tahap dan mendidik jiwa tentang kesabaran. Harap-harap boleh tahan sampai waktu berbuka.
Langir raya rumah Mak Uda
Kerja menjahit dah separuh selesai. Langsir Mak Uda dah siap. Baju kurung Huda tinggal skirt... insyallah malam ni habiskan. Baju kurung Mak, masih dengan 1 skirt belum jahit. Langsir rumah kampung dah separuh jalan buat. Harap-harap semuanya siap sebelum Jumaat. Sebelum seisi menjahit, kena telan ubat tahan sakit, kalau tak, payah nak menjahit. Dan nampak gayanya, terpaksa beli baju raya siap untuk diri sendiri. Biskut raya... hmmm tak sempat. Dah lari dari jadual perancangan. Cukup untuk Mak hidang tetamu sementara kami berada di kampung selama seminggu nanti. Mujur jiran-jiran dan kawan hulur sebalang dua. Sesungguhnya mereka baik hati. Semoga murah rezeki mereka.

Baju raya Huda
Minggu depan dah Syawal. Tiada persiapan yang gah sebab menghormati saudara Islam yang ditindas di sana dan di uji perginya ahli keluarga ekoran kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17. Tak adil sebagai umat Islam saya bersuka ria sedangkan ada yang berduka dilanda musibah.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...