September 26, 2014

Layan ego sikit.. tepi tepi sikettttttttttt

Heheh.. salam pagi Jumaat.

Post yang lepas-lepas saya dah poyo-poyo cakap nak jadi baik... mintak maaf. Kali ni saya nak cakap satu perangai yang agak negatif. Konflik! Saya rasa ianya perlu untuk beritahu yang saya juga ada harga diri. Selama ni ada orang dan selalu disendakan disebabkan saya i followwwww... ok, tak apa... boleh je. Budak baik.. ko suruh je, misti dia buat. Alaaaa.. cakap je belakang-belakang, bukannya dia perasan & marah.   
Saya sedar tapiiiii....... Alhamdulilah. Selama ni Allah lindungi saya dari sangka tak baik dan hijab pandangan saya dari lihat perlakuan orang-orang berkenaan. Cuma sekarang saya celik sikit sejak En. Aku-Dibelakang-Mu sedarkan saya. Saya diajar untuk layan dengan ego. Hasilnya mujarab. Ya... kadang-kadang kita terpaksa hanya untuk memberi ingatan siapa kita. Contoh layan dengan ego saya ialah you want take it (you get it) or leave it (i'll say goodbye & no u-turn)? Lagi... layanan ala-ala bukan hang sorang kawan/sedara aku kat dunia nih!.  Hmmm... nampak je macam dia tak ada perasaan dan layan angguk-angguk.. geleng geleng. Dalam diam dia memerhati. Awas kau!
Semoga niat ini ke arah kebaikan dan tidak terkucil dari landasan keretapi! Sebenarnya, diam diri itu lebih baik. Jika tak, yang kecil/ cantik/ sikit akan jadi besar/ buruk/ banyak. Akhirnya, kita sendiri yang minta dibayar dosa. Biar Allah yang aturkan. Allah tak akan sia-sia dan susahkan hidup orang baik seperti kelancaran hidup En. Aku-Dibelakang-Mu. Janji-Nya: Baik dibalas baik.


Sekian.

* Hmmm... bahaya juga En. Aku-Dibelakang-Mu... dalam diam memerhati dan dalam diam dia penyelamat keadaan.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...