October 9, 2014

Kisah makan

Sepanjang hujung mingggu lepas saya menyepikan diri dari post perkembangan terkini. Kesihatan tak berapa baik.. sakit kepala dan hampir demam. Tips rawat demam dari En. Suami ialah makan. Dia kasi saya makan kaw.. kaw. Jumaat lepas, sangatlah sengal. Terbaring kat ofis dan gagahkan diri balik sendiri. Sampai rumah, telan 2 biji pil tahan sakit. Lepas solat Isyak, En. Suami angkut makan-makan. Mula-mula kue tiow goreng. Selang beberapa minit lepas makan, dia ajak belasah sate ayam. Dalam hati berkata-kata, tak kenyang-kenyang ke dia nih?! Tengah makan sate, dia senyum sorang. Saya tanya, kenapa awak senyum? Dia cakap ni ubat orang tak sihat. Chittt chettttt!!. Katanya, tanda nak sihat ialah peluh keluar. Makan sampai berpeluh-peluh. Hmmm... ok gak tips dia.
Sambutan Aidil Adha. Juadah mula kami masak di pagi raya. Tak sempat buat petang/ malam hari Sabtu. Terhegeh-hegeh cari bahan kat pasar Chow Kit jam 11pm Sabtu tu. Saja je... rilek ler. Masak untuk sekeluarga dan jiran-jiran sikit sudah ler. Bukan ada tetamu nak datang sangat pon. Kak Tim & Baby je. Menu simple... rendang ayam dan kuah kacang. Kuah lodeh tak sempat sebab rendang dah rembat semua santan. Tak apa ler... simple.. simple je. Untung ler dok kat Malaysia, ada gak makan makan. Macam mana nasib orang Palestin... Syria? Alhamdulilah... masih berpeluang masak & makan ikut citarasa dan sambutan.

Siapppp!
Hari ni demam Aidil Adha masih lagi. Minggu lepas dah pakat-pakat kat ofis ni buat makan-makan Kita Sama Kita Je. Tuti masak rendang ayam, saya masak kuah lontong dan nasit impit. Jadi, malam tadi kena la masak sebelum tidur. Kalau tak, ratah rendang ayam je ler andaikata terlajak tidur. Cuma panaskan bila bangun nanti. Segala-galanya siap jam 12:30 selepas bertungkus lumus kat dapur sejam setengah. Sebelum seisi masak, sempat lagi hambur baju-baju bundle dan lepak kedai mamak. Asalnya tujuan nak ke kedai beli bahan-bahan masak. Nampak bundle tapak sementara tepi jalan depan masjid tak gerak lagi, apa lagi menyimpang ler. Semua pakai harga rm2.50 sehelai... mana tak giler!. Kemarin dah borong rm40, semalam borong rm15. Ok ler... cukup gigih dah tu. Hehehhh ;)

*****
2:15pm: Sejam lalu..... kami makan senyap-senyap kat atas (Aras Teknikal). Majlis tertutup. 

Rendang ayam, sambal petai udang, kuah lontong & nasi impit

3 dari 5 geng Kita Sama Kita Je



No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...