October 10, 2014

Ikhtiar hidup


image

"Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia"



Tongkat dengan tempat duduk
Saya pengguna keretapi setiap hari bekerja. Saya memahami perasaan akak tu. Dah lebih setahun saya jadi pengguna Komuter. Macam-macam gelagat pengguna saya perhati dan nampak. Yang pelik-pelik sangat tu tak ada. Kalau saya jadi akak tu, saya akan berada berdekatan lelaki-lelaki gentleman. Serius... ni tips yang baik. Kebanyakan lelaki yang berkerjaya biasanya akan lebih prihatin. Jangan berdiri dekat dengan pekerja buruh binaan. Balik dari buat kerja kontrak, penat dan letih. Dan juga jangan berada dalam kelompok jelitawan.
Gendongan
Bagi saya yang sihat segar bugar ni, setakat sejam berdiri dalam tren tak ada masalah. Kadang-kadang saya terfikir, perempuan-perempuan cantik ni tak nak mengalah dari berebut tempat duduk kalau setakat perjalanan setengah jam tapi kalau shopping kat Sogo... Jalan TAR.. Masjis India berjam-jam berdiri dan berjalan, tak ada masalah! Masuk tren berebut tempat dengan potong beratur, tolak orang dan menyiku orang semata-mata tak nak berdiri 30 minit. Hmmm... Makeup cantik... baju cantik tapi sikap kosong.. kosong... kosonggggg. Biasanya kita lupa, sikap negatif yang sedikit ini menggambarkan keperibadian kita pada pandangan pertama orang yang lihat kita. Memalukan diri sendiri.
Stroller
Dan bagi saya jika memerlukan tempat duduk, ada beberapa penyelesaian. Dari segi faktor diri saya, pilihannya ialah naik tren awal. Lebih awal lebih baik.. tak perlu tergesa-gesa dari rumah untuk sampai stesen, beli tiket, platform dan tiba di pejabat. Kedua, bawa kerusi lipat.... tak perlu malu. Kesihatan lebih penting dan tak perlu minta belas bantuan orang lain. Pengguna lain juga letih dan penat balik dari pejabat. Itu sebab ada yang bukan sengaja tak beri kita tempat duduk dia. Ya, perlu juga pandang positif. Ada orang yang duduk tu tak sihat dan keletihan. Saya akui, saya juga selalu keletihan dan kadang-kadang tak sihat. Sebaik saja masuk tren dan duduk, saya akan melelapkan diri. Terus tak sedar diri dan tak hiraukan tren penuh atau tidak sepanjang ketiduran. Ketiga, berkongsi tempat duduk yang mana satu tempat duduk ada dua orang. Saya pernah nampak situasi ini. Dua orang kawan baik tukar duduk-berdiri diseparuh perjalanan mereka. Keempat, duduk atas lantai. Hehhh. Lagi pilihan... kalau bawa anak-anak kecik, pastikan bawa stroller atau pakai gendongan. Sebab kita tak bawa peralatan atau pakai alat kemudahan pergerakan kita dan juga keselesaan anak bila berada dalam pengangkutan awan, kita berhadapan macam akak tu. 
Kesimpulan, selalu pandang kekurangan kita dahulu sebelum menyalahkan orang lain. Jika bakal berhadapan masalah, kita sendiri perlu fikirkan jalan penyelesaian. Bantuan orang lain adalah jalan terakhir. Kita ada pelbagai pilihan untuk mudahkan hidup.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...