Dah selang dua hari saya tak post apa-apa. Sibuk yang gaban tak boleh ikut. Sekarang, dah 13 jam saya tak rehat. Sibuk siapkan kerja ofis. Semalam tidur dan rehat 4 jam. Selebihnya paksa diri siapkan kerja. Tak siap kat ofis, bawak ke rumah. Kalau tak sabar, dah meraung. Pandai-pandai pujuk diri sampai keje siap. Dah lebih 3 hari juga saya tak usik tugasan langsir. Sepatutnya saya siapkan hari ni. Open day tadika Ahad ni. Agak-agak sempat ke Tuan Langsir tayang langsir baru. Hmmm... hanya Allah yang Mengetahui apa yang berlaku akan datang dan hikmah disebalik kejadian. Saya harus cuba yang terbaik untuk siapkan.
Kemarin saya ada baca tentang pasar di Syurga dalam majalah Al-Islam, Nov. 2014. Pertama kali saya tahu yang kat Syurga ada pasar. tapi pasar kat Syurga tak sama dengan pasar yang ada kat Dunia. Tak busuk dan comot macam pasar Dunia dan tiada urusan jual beli, sebaliknya adalah tempat pertemuan.. perjumpaan penghuni-penghuni Syurga. Balik dari pasar Syurga, penghuniya menjadi semakin cantik. Ada hadis yang nyatakan hal tentang pasar Syurga. Esok lusa saya tepek artikelnya.
Sekian.
November 7, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment