November 17, 2014

Laporan Ahad

Ceritanya sama macam minggu lepas... menjahit & berkebun. Sebelah pagi, aktiviti  berkebun dan masak. Alhamdulilah... pokok-pokok serai sudi membesar. Terima kasih Cik-cik Serai. Kali ni saya gemburkan tanah keliling mereka.



Cik-cik Kentang pula... sama juga. Mereka mula keluarkan akar dan tunas. Saya korek semula dan susun dengan lebih baik. Perancangan untuk buat meja tanaman dan batas terpaksa ditunda disebabkan kehadiran Cik Hujan. Kerjasama Cik Hujan penting juga supaya Cik-cik tanaman saya tumbuh subur. Meja tu boleh buat Ahad akan datang. 





Cik-Cik Pandan... hmmm. Satu pokok agak kronik. Macam mana pun, saya berusaha menyelamatkannya.
Seisi berkebun saya ditemani Cik-cik Ayam Belanda. Ramah tamah mereka. Klok klok kokkkk...kllloook kok klokk klokkk.. Mereka ajak berborak. Layannnnn. Saya pun terpaksa berklokkk klok. Cam comel je. Macam ler saya paham benor. Mak gelak je tengok kitorang berborak. Hehehhh


Akhir aktiviti Ahad ialah menyiapkan tugasan Langsir tadika. Alhamdulilah. Petang ni seisi penyerahan oleh Tok Siak sebabnya saya tak dapat hadir. Dah boleh tutup fail dan buka fail tugasan baru.





Info tambahan:

Kaedah membiak tumbuhan melalui keratan batang (propagasi)  oleh En. Iskandar



  

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...