Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu (disagat)
1 cawan gula melaka
1/2 sudu teh garam
2 cawan air
250ml cawan santan
Cara-cara:
Ubi disagat.
Bila siap, saya tambah dengan 2 cawan air.
Sebatian ditapis dan dibiar 15 minit. Dalam tempoh ini, saya siap sedia menggris loyang dan mula memanaskan oven.
Ubi dalam tapisan dipindahkan ke bekas mengadun.
Sagu ubi kayu |
Di dalam bekas mengadun, sagu diadun bersama ubi gula merah, garam dan santan. Santan dituang sedikit demi sedikit sehingga seperti kepekatan adunan seperti adunan bancuhan jemput-jemput.
Adunan dituang ke dalam loyang telah digris (mentega atau minyak).
Adunan saya bakar 45 - 60 minit pada suhu 180 darjah Celsius atau sehingga masak. Bingka boleh dipotong bila sejuk sepenuhnya.
Sekian..
No comments:
Post a Comment