November 14, 2014

Tugasan Masak: Begedil ayam

Kisah kemarin, masak begedil. Sepatutnya hari sebelumnya tapi berlaku kejadian tak diingini.... Tok Siak dengan bangganya membeli secekak 'Daun Sup'! Hehehh... ada banyak kat kedai, katanya. Hmm... selama dia dok selalu ke kedai cukupkan barang dapur, belum pernah dia salah beli. 

'Daun Sup'
Jadi, kemarin baru lunaskan permintaan Tok Siak yang mengidam. Gigih bangun awal jam 4 pagi untuk siapkan begedil kosong. Kosong sebab tak ada letak isi ayam dan lupa tambah bawang goreng. Dah makan 3 biji baru teringat! Resipi di bawah ialah resipi begedil ayam yang sepatutnya.

Bahan-bahan:

150-200g isi ayam
10-15 biji kentang
5-10 batang daun sup
10-20 biji lada sulah
2 biji bawang merah saiz besar
Sebiji telur
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara:

Isi ayam di rebus. Selepas masak empuk, saya tumbuk hingga lumat. Ketepikan.





Kentang saya kupas, cuci dan potong dadu. Lepas tu, di goreng hingga empuk. Kemudian, saya tumbuk lumat ketika panas. Kentang lebih mudah lumat ketika panas. Ketepikan.


Daun sup saya cuci dan dicincang. Ketepikan.



Lada sulah, cuci dan ditumbuk lumat. Ketepikan.



Bawang goreng, dipotong nipis gan goreng. Kemudia di tumbuk. Ketepikan.
Kemudian, semua bahan-bahan diatas dan garam digaul sebati didalam mangkuk adunan.
Adunan, dibentukkan. Kali ni saya bulat-bulatkan comel lebih kurang saiz bola ping pong. Ketepikan.


Panaskan minyak masak sementara telur dipecahkan dan dikocak.


Adunan yang terbentuk saya celup kedalam telur dan digoreng  hingga masak kekuningan dengan api sederhana.



Sekian.....

Amboiiii... ke main sedap korang tido! ;)






No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...