February 1, 2015

Bubur nasi & stok berbulan-bulan

4:00 pagi Ahad.

Orang sebelah dah sedap berdengkur. Tidur awal sikit dia hari ni seba letih katanya. Saya pula tak boleh nak lelap, mungkin teruja sangat sebab boleh duduk rumah 3 hari. Cuti sempena Hari Wilayah dan Thaipusam. Cuti kali ni agak tenang sebab tak terikat dengan projek tempahan menjahit. Jadi rancangan nak jahit beberapa jubah sendiri, sehelai jubah Tok Siak, jahit semula mana-mana baju & seluar yang jahitannya tertetas dan beberapa uncang untuk kasut. Dah lama tertangguh. Lagi, nak cat semula grill pintu dan tingkap. Sempat ke? Insyallah. Projek merayap…. Tak ada. Malas.

Menu kita-kita makan semalam ialah bubur nasi berisikan daging dan ikan bilis dengan hiasan bawang goreng dan daun bawang. Bawang goreng, buat sendiri sebab lebih wangi dan terjamin keasliannya. Teringin nak makan bubur nasi gara-gara Khamis lepas Tuti bagi rasa bubur nasi ayam.



Lagi cerita hari Sabtu….. saya rasa bulan ni bulan Sabun Cuci Baju. Saya borong berjumlah 9kg sabun serbuk Power Wash dari Cosway. Sejak hampir 2 bulan lepas, saya cuba 2 jenis serbuk cuci pakaian. Kao Attack dan Power Wash. Saya cuba tukar dari jenama yang biasa gara-gara Wendy tegur baju saya bau busuk hapak. Malu weiii.. Tok Siak pun mengiakan juga. Hmmmm… sian orang sebelah saya dalam tren Komuter atau dimana-mana. Bau tak menyenangkan ni sebab pakaian tempoh rendaman dah terlebih (maklum lerrr… heheh) dan juga tak cukup kering disebabkan keadaan lembap musim hujan. Kedua-duanya lebih baik dari jenama biasa. Tak ada atau tak ketara bau hapak.
Seisi stok kali ni saya pilih produk Cosway sebab ada jualan harga rendah. Rezeki Cosway. Saya stok sabun cuci pakaian ni untuk tempoh 9 bulan akan datang. Sebulan, sekilo. Selain, saya juga stokkan cecair cuci pinggan mangkuk. Katanya, 4 kali lebih kuasa dari jenama biasa. Maknanya, 1 botol produk Cosway bersamaan 4 botol produk jenama biasa. Tapi saya guna 2 kali lebih kuasa dan 1 botol katakan saya guna 3 minggu. Saya stok 4 botol, jadi saya boleh guna dalam masa 24 minggu. Jadi, semoga saya berjaya jadi pengguna yang berhemah.



Sekian.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...