April 15, 2015

Sumber Main masak-masak

Pagi Rabu ni saya nak cerita hal masak-masak. Dah lama tak post pasal masak... makan. Rindu. Nak kata tak masak, ada selalu masak cuma menu yang diulang-ulang sebab menu yang cepat masak. Tak kan nak post menu yang sama. Bukan Cik-cik Maya je yang bosan, saya lagi bosan. Kesuntukan masa... hari kerja dan uruskan abang besar. Sekarang abang besar dah mula kerja. Ada kelapangan sikit.
Semalam saya guna menu baru untuk makan malam, sotong masak lemak padang. Bosan guna menu yang sama. Petang semalam... menggugel website Kak Azlita. Bercerita tentang sumber resipi yang biasa saya guna, setakat ni saya percaya 90% resipi dari Kak Azlita Masam Manis dan Kak Azie Kitchen. Cubaan pertama yang biasanya menjadi. Kedua-duanya memberi bahan-bahan dan kaedah yang senang peroleh, faham dan sesuai dengan profile saya.

Menu sarapan hari ni : Sotong Masak Lemak Padang

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...