June 12, 2015

Minggu lepas dan minggu ni

Alhamdulilah... perjalanan hidup agak lancar tanpa ada masa pandang belakang yang negatif. Tak ada masa fikir hal yang bikin serabut dan membantutkan kemajuan diri. Senangkan dan lapangkan hidup. Tak perlu ikut tiru drama melayu yang penuh angan-angan kaya, dengki dan busuk hati. Yang perlu harus tengok ialah kuliah agama.
Dah lebih seminggu kot saya senyap. Kering idea tapi banyak cerita yang berlaku. Salah satunya, cuti makan-makan Kelantan-Terengganu-Pahang untuk 3 hari 2 makan. Konsep cari makan dan santai. Memang sendat perut. Misi cari makan yang jarang ada kat KL dan rasa original. Beli belah... tak la sangat. Masih banyak kain baju.

Kuih bakar, Bahulu

Sata

Celup Tepung

Nasi dagang & nasi kerabu

Sotong bakar

Ikan Patin gulai tempoyak

Balik dari bercuti, saya habiskan saki baki projek hantaran Kak Melna. Selesai sebelum masanya. Alhamdulilah


Lagi... ada 2 tugasan uncang.... 30pcs dan 100 pcs, yang perlu saya siapkan dalam masa seminggu ni. 

Lagi... ada 2 tugasan projek drawing yang perlu saya siapkan sebelum 15hb. Yang ni ofis baru punya kerja. Belum masuk keje dah buat keje. Belum kerja dah bagi laptop. Nak kira cam mana ni... cincai? Hmm.. kira ot je la ya bos. Tukar ngan cuti. Baru masuk tak ada cuti tahun kan. 

Mampukah saya siapkan semuanya dalam tempoh yang diberi? 

Insyallah.

Semoga saya tiada masalah kesihatan selepas demam semalam. 


No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...