Cita-cita saya sekarang ialah bekerja sendiri. Dah lama dok cerita2 kat blog cuma belum tiba masanya. Boleh mula sekarang tapi keyakinan berdikari belum ada. Apa yang saya buat sekarang ialah baca dan lihat pengalaman orang2 yang sedang berjaya, tips hasil dan meningkatkan kualiti produk selain berniaga secara sambilan.
Secara sambilan, bijak urus masa. Bergerak secara sambilan ni macam dah 4 atau 5 tahun. Saya tak serius. Hasilnya, tunggang langgang. Ada yang siap ikut masa, ada yang tak. Tapi banyak yang saya mungkir. Serius, tak baikkk. Dengan kemudahan hidup yang Allah anugerahkan, semakin mudahkan ni, saya cuba yang terbaik baiki kesilapan dan kelemahan yang lepas.
Ringkasan ilmu Berniaga setakat ni...
Salah satu sunnah.
Hasilkan produk berdasarkan apa yang kita suka.. minat.
Produk yang lambat atau tak basi.
Mulakan dengan modal yang ada walaupun sedikit. Elak berhutang modal.
Pamer produk dengan menarik untuk dilihat. Indah kabar, indah juga rupa.
Produk yang unik, yg tak rajin ramai orang yg nak hasilkan.
Stok sentiasa ada.
Ada bahagian daripada keuntungan untuk diinfaq selain zakat
[Draft n Plot] [Butiq Unchang]
No comments:
Post a Comment