Kembara Suci, mudah saya lafaz tapi hati kosong. Saya tak bersedia. Saya takut. Saya banyak buat salah, dosa. Saya risau Allah bayar di sana nanti. Itu hasutan syaitan yang cuba menakutkan saya. Mahu saya menarik semula niat. Ada bisikan lain yang yakin suatu hari nanti hati ini penuh, seiring dengan lafaz. Ibadah tu wajip. Sedikit demi sedikit diri ini perlu mengisi hati.
Ia juga cita2 dia. Saya tak mahu dicicirkan. Saya mahu sentiasa disisi dia sebab kami bahagia bersama, Alhamdulilah
Apa yang perlu saya buat sebagai balasan Bahagia?
Doa, saya selalu mohon dan mengharap supaya Allah buka pintu hati.
Dengan redah, akan wujud redo. Redo akan datangnya ikhlas
Redah dan terima saja semua maklumat. Info diterima akan diproses dalam minda. Proses penerimaan. Lama kelamaan diri menerima akan mula jatuh cinta. Cinta akan ada rindu dan gila bayang.
------<@
22Oct16
Sedia. Tarikh tu, rahsia Dia. Jadi bersedia dan terus berdoa. Saya mula membuat simpanan. Saya mula peka dan cuba hadirkan hati terhadap media yg paparkan apa saja tentang Kota Suci. Saya redah. Saya mula rasa sayu dan titiskan air mata bila melihat, mendengar atau membaca. Ada satu perasaan halus. Mudah tersentuh. Mungkin ini permulaan hati saya mula mengisi.
Saya tak faham. Saya tak faham kerinduan oleh mereka yg dah menjejaki Tanah Suci. Mereka cakap, rindu. Rindu yg tak boleh digambarkan. Saya nak tahu rindu itu. Saya nak cari. Semoga Dia temukan saya dengan Rindu tu.
No comments:
Post a Comment