January 18, 2017

Inspirasi Vlog

Raya tak lama lagi

Hari ni rasa cam nak demam. Errr. Ada kemungkinan terkena jangkitan Tok Siak. Kemungkinan juga kena hujan. Apa pon, sakit tu ada hikmahnya. Semoga sihat selalu.

Saya kan selalu diselubungi dengan rasa orang tak puas hati.. tak suka saya. Igauan dengan kenapa.. apa.. cam mana. Saya dah penat nak melayan perasaan yang cam ni. Letih. Dalam keadaan cam ni, amat mudah dicucuk & bisikan jahat syaitan. Rasa cam ni buat saya down.. 

Kalau saya layan, hidup saya tak boleh maju.. tenang. Tak boleh jadiii...  Jadi, kena selalu sedar diri untuk move on. Fasa rasa perlu ditamatkan. Dah tiba fasa penyelesaian pada emosi tu. Saya rasa saya tak perlu usik si penyebab. Apa yang boleh saya kata ialah..

Sekarang anda lihat saya bahagia dan berada dalam kemudahan tapi sebaliknya berlaku pada anda.  Jangan kata Tuhan tak sayang. Ada masa nanti atau sebelum ini saya berhadapan kesukaran. Cuma kita perlu ingat & sedar akan apa yang berlaku itu rezeki masing-masing. Ujian Tuhan buat kita tambah saham akhirat. Pahala & kemudahan dunia akhirat jika kita sabar & buat baik dengan kehidupan. Dunia akhirat jadi bencana kalau ada sangka buruk, hasad dengki & fitnah.  

Fasa penyelesaian. Jauhkan diri. Isi kehidupan dengan unsur-unsur positif. Lihat dan dengar kepada bahan-bahan yang membentuk diri ke arah kebaikan. Satu aktiviti yang saya lakukan ialah menonton vlog. Ceduk yang baik. Vlog, salah satu pemberi maklumat terbaik tentang ilmu kehidupan sebab mereka ni pelbagai persekitaran.. latar belakang. Celebriti.. pelajar.. surirumah.. kanak-kanak. Pilih je mana yang bagi banyak manfaat. 

Pisssssss 





No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...