Post kali ni tujuannya untuk indidu yang mencari info terkini tentang parking kat klia2 berhari-hari..
Ok, kami balik kampung sejak Jumaat lepas hingga awal pagi tadi. Kali ni, kami cuba pandu dan parking di Klia2. Redo & redah tinggalkan MatSmart. Dengan ala2 yakin, maka terjadilah percubaan dengan alasan tak nak menyusahkan masa orang lain. Gebak gedebuk... lebih baik hantar diri sendiri. Jadi, saya google2 pengalaman individu2. Hasil google, kadar bayaran rm46/hari untuk 3 hari pertama. Hari ke4 dan seterusnya, rm20/hari. Tok Siak tak berapa nak yakin.. isteri dia je yang lebih confident. Tok Siak tanya, parking long term area kat mana? Hmmm... dengan ala2 nyer, isteri dia jawap, Awak parking mana-mana je. Sebab Encik WebpageParkingKlia2 tak spesifik mana lokasinya. Jadi, buat kesimpulan sendiri, Hang parking la mana suka.
Flight pertama, berlepas ke Sandakan 6:25am & flight terakhir 21:25pm (tunda) dari Sandakan. Jumlah bayaran bermula Jumaat (3:30am) hingga Isnin (00:30am) ialah rm138.00. Kadar bayaran, saya tak berkesempatan tengok detail sebab Tok Siak yang uruskan masuk & keluar parking. Mamai bangun tido... tido sepanjang perjalanan. Snap gambar parking & resit pon tak sempat. Hehehh. Saya tukang bayar kat mesin. Insyallah, trip akan datang, saya cuba untuk lebih prihatin.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment