April 11, 2018

Tak perlu stress

Kembali.

Dua jam pertama waktu bekerja... gila punya mengantuk. Macam biasa. Layan mengantuk dalam tandas. Macam biasa juga. Hehheh.

Hari ni tak puasa ganti. Selang seli. Tak boleh paksa diri, nanti tak nak buat. Ada lagi 7 dari 14 hari nak ganti sebelum ramadan datang. Tahun lepas agak lama cuti puasa sebab badan tak cukup air. Sakitnya haiii la... jadi serik. Alhamdulilah, sihat hingga kini.

Kemarin dan semalam sibuk cari kain untuk tempahan uncang. Alhamdulilah. Jumpa juga kat Nagoya Textile Sdn. Bhd dengan harga, design dan kualiti yang memenuhi citarasa berbanding  Kamdar dan Jakel. Gold filigree dah tempah kat kedai. Jadi, mula hari ni waktu santai kat rumah akan terisi dengan aktiviti menguncang. Semoga Allah izinkan saya menguncang 470pcs sebelum 27hb ni.

Alhamdulilah, rutin harian teratur. Motto.. lakukan ikut kemampuan diri. Reda jika tak mampu atau tak berkesempatan. Setiap masalah ada beberapa pilihan penyelesaian. Jadi, tak perlu paksa diri..

Hidup takkan stress asal tak jauhi Tuhan ✌

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...