June 20, 2019

I can do it!

Selamat hari raya. Maaf zahir batin

Sejak tiga minggu lepas saya dibelenggu dengan kerosakkan mesin jahit tepi. Dalam kelam kabut siapkan baju-baju raya, mesin jahit tepi buat hal. Cubaan memandai tak Berjaya. Ok, kena hantar kedai servis lepas cuti raya. Dah dapat bayangkan terbang ler seratus dua.
Semalam, saya berkesempatan memandai lagi tapi kali terakhir. Mana tau boleh baik sebab dah tengok beberapa 'tutorial' YouTube. Suspek kerosakkan ialah timing sebab rata-rata video tentang loop timing. Oleh kerana saya tak jumpa skru yang perlu diketatkan, saya saja saja periksa laluan benang pada jarum. Nampak lain macam je jarum ni. BENGKOKKKK!! Hahahaha. Patot la pon kejadian loop menghadapi kegagalan. Alhamdulilah. Terima kasih Allah sebab menyelamatkan seratus dua.
Donggeng pendek ni sebenarnya untuk menyampai salah satu ilmu hidup saya tentang melakukan sebarang kerja perlu dilakukan dalam keadaan Tenang. Buat masa ni, saya agak bermasalah dalam mendapatkan ketenangan.. rileks. Ok, perlahan-lahan. I can do it! 😉✌

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...