Mengikut perancangan, saya bakal menamatkan perkhidmatan sebagai pelukis pelan di TT Disember nanti. Dah sampai masa saya berkhidmat sepenuh masa sebagai isteri, anak dan adik. Mungkin ada kelapangan nanti saya melukis secara sambilan. Bagi wang poket sendiri, saya berniaga kecil-kecilan. Saya dah mula fikirkan beberapa perniagaan yang boleh saya buat dari rumah. Yang penting, ada modal. Nak kata saya dah bersedia, sebenarnya separuh sedia. Banyak kemungkinan akan berlaku. Kemungkinan ini aturan yang terbaik buat saya. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup saya.
Mak dah banyak sangat berkhidmat untuk kami.
Mak semakin uzur, perlu kasih sayang & perlu diurus dengan baik.
Maaf sebab Mak sedikit terabai.
Insyallah, anak Mak ni akan jaga Mak hingga akhir hayat Mak.
No comments:
Post a Comment