As salam.
Aku dapat sms dari seorang sahabat lama sabtu lepas. Dia ajak aku jaga budak periksa ahad (semalam) untuk dua jam. Aku ajak kakak & abang sekali sebab dia cakap, kalau ada orang, lagi baik sebab tak cukup orang. Sebelum aku tawarkan kat kakak dan abang, aku tanya sahabat aku tu tentang bayaran. Maklumlah, takkan aku nak libatkan diorang dengan buat keje percuma sebab libatkan hari cuti diorang. Fahamkan maksud aku tu.
Seperti yang dijanjikan, sahabat aku ambil kami dirumah. Tempat periksa tu kat Bandar Tasik Selatan. Ada beberapa kereta kawan kepada sahabat aku ikut sekali. Hampir kat tempat periksa tu, aku dapat rasa ada info yang tak betul dimaklumkan. Di luar bangunan aku nampak beberapa lelaki pakai kot dan aku tak nampak orang-orang kat situ gaya pelajar. Sah, aku tertipu. Rupa-rupanya aku, abang dan kakak terperangkap untuk dengar taklimat jualan langsung. Seboleh-boleh sahabat aku minta kami ikut taklimat. Tak sampai 10minit, abang dan kakak balik dulu. Mujur bawa kereta. Aku, demi menjaga hati sahabat, aku ikut taklimat tu selama dua jam. Hati ni, sangat-sangat jelik dengan sikap orang2 yang tamak duit ni.
Pengajaran untuk aku selepas dua kali terkena dengan orang yang sama.
Untuk sahabat, jangan gadaikan nilai persahabatan dan kepercayaan untuk cepat kaya. Jangan guna alasan, kita sama-sama susah sebab aku taklah susah sangat tapi aku mengamalkan cara hidup sederhana dan ala kadar. Tak ada cara mudah untuk cepat kaya. Hidup mewah bukan segala-galanya. Biar hidup sederhana tapi bahagia. Sebab dia, secara tak langsung aku tipu laling aku. Aku sedih bila aku call laling masa dengar taklimat, dia tanya, "dah abis jaga exam?". Dalam hati aku, sahabat tipu aku dan aku tipu suami aku. Aku juga tipu abang dan kakak aku. Jaga budak exam.
Aku kecewa dengan sikap sahabat aku yang sanggup menipu aku untuk kaya cepat. Sebab dia, mungkin lepas ni abang dan kakak tak percaya aku. Aku pernah 'tipu' abang sebab kawan. Konsep yang sama. Aku tak pernah dan tak ada niat untuk tipu. Sebab percaya dengan kawan, aku 'tipu' orang.
Jadi, lepas ni...untuk kawan aku tu, "tiada lagi" la. "Harap maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan". Hehhh.. (aku terlalu baik kot sampai orang-orang senang memperbodoh-bodohkan dan ambil kesempatan. Tak pe, dia lupa Allah dan Allah akan memberi perlindungan kepada orang-orang yang teraniaya). Satu lagi, ini bukan karektor seorang pendidik anak bangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment