November 9, 2011

Luahan rasa hati 1... berpisah demi masa depan

@Labuan
Minggu lepas, Lalingku memberi cadangan rancangan untuk buka perniagaan di kampung tahun depan (lepas cuti aidil fitri) atau dalam masa terdekat jika cukup modal. Bermakna kami akan berpisah dan jarang-jarang jumpa. Walaupun aku setuju demi masa depan, jauh sudut hati.. aku sedih. Kawan baik, kekasih & suami akan berjauhan. Setakat ni, kami buat keputusan yang aku akan menetap & bekerja di sini sehingga perniagaan Lalingku stabil.
Aku ada perancangan akan menetap di Lahad Datu suatu hari nanti & kerjaya aku berakhir dengan jalankan perniagaan di sana. Setakat ni, aku selesa & suka berada di kampung. Jadi, sekarang aku sedang buat persediaan menambah kemahiran terhadap minat aku. Apa pun, aku berdoa perjalanan hidup kami mendapat keizinanNya & diberkatiNya. Aku bersyukur dengan rezeki & kebahagian selama ni. Semoga hidup kami semakin hari semakin bahagia & dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Esa :)

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...